Bayaran $400 Juta Terhadap Iran Ibarat ‘Ada Udang Disebalik Batu’

59

Presiden Barack Obama membantah dakwaan terhadap bayaran tunai sebanyak $400 juta kepada Iran sebelum ini ialah sebagai pertukaran pembebasan tahanan Amerika.

Iran membebaskan 5 orang tahanan pada 16 Januari lalu selepas Amerika Syarikat bersetuju memberi pengampunan kepada 7 rakyat Iran.

Menurut Obama, jumlah itu dikatakan bayaran bagi sekatan nuklear antarabangsa di Tehran yang telah dicapai sejak tahun lalu.

“Kami telah mengumumkan bayaran ini sejak Januari yang lepas. Bahkan bayaran ini bukan lagi rahsia dan tiada kaitan dengan sebarang pakatan jahat,” kata Obama dalam sidang akhbar di Pentagon.

Pertemuan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dengan Menteri Luar Iran juga tidak seharusnya dikaitkan dengan sebarang isu. Bahkan Obama berkata, pertemuan itu hanyalah suatu kebetulan dan diadakan untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan.

Selain itu, Obama menegaskan bahawa bayaran tunai itu tiada kaitan dengan wang tebusan. Wang tersebut juga diberikan secara tunai kerana sekatan yang terlalu ketat di Tehran. Tambahan lagi, Amerika Syarikat tidak mempunyai hubungan perbankan dengan Iran.

Obama turut memuji perjanjian nuklear serta menyifatkan perjanjian itu berjalan seperti yang sepatutnya. Pun begitu, ahli-ahli kongres dilihat mengkritik hebat perjanjian tersebut. Mereka menganggap program nuklear Iran itu dibuat untuk menghalang Iran dari memperoleh sebarang senjata nuklear.

Anda boleh membaca artikel ekonomi dan isu semasa yang lain disini. Salam penghulu hari!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat