Bayi Baru Lahir Mangsa COVID-19 Termuda Dunia!

1,421

Seorang bayi yang baru dilahirkan menjadi mangsa termuda COVID-19 di dunia. Kes berlaku di London melibatkan seorang wanita bersalin yang dijangkiti wabak pandemik tersebut. Ibu bayi berkenaan telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di London kerana disyaki mengalami masalah radang paru-paru beberapa hari yang lalu.

Malangnya, wanita berkenaan tidak mengetahui bahawa dia telah dijangkiti wabak merbahaya itu sehingga selamat bersalin. Setelah itu, dia telah menjalankan pemeriksaan di Hospital Middlesex Utara, Enfield dan disahkan positif COVID-19.

Sehubungan dengan itu, bayi tersebut telah diperiksa beberapa minit selepas dilahirkan. Oleh yang demikian, mereka berdua telah ditempatkan di 2 buah hospital yang berasingan untuk menerima rawatan.

Selain itu, kakitangan hospital yang merupakan kontak rapat dengan ibu dan bayinya itu telah diarahkan untuk mengkuarantinkan diri masing-masing.

Menurut laporan yang dikemukakan, punca jangkitan terhadap bayi tersebut masih tidak dapat dikesan sama ada ketika berada di dalam rahim atau di bilik bersalin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat