BCH – Peneraju Transaksi Yang Lebih Pantas Berbanding BTC

795

Pada tahun 2017, projek Bitcoin dan komunitinya berpecah dua disebabkan oleh kebimbangan yang terhasil mengenai skalabiliti Bitcoin. Maka terhasilnya Bitcoin Cash melalui Hard Fork yang mana pada masa yang sama, ukuran blok pada Bitcoin Cash dipertingkatkan dari 1MB menjadi 8MB.

Peningkatan ukuran blok tersebut juga dapat menyokong Bitcoin Cash dalam melakukan transaksi sesaat (TPS) dengan lebih banyak lagi sambil mengekalkan kadar pengecasan yang sangat rendah.

Secara tidak langsung ia juga dapat menyelesaikan masalah kelewatan pembayaran dan bayaran tinggi yang dialami oleh beberapa pengguna di rangkaian Bitcoin.

Bitcoin Cash juga dibangunkan sebagai sistem tunai elektronik peer-to-peer yang bertujuan untuk menjadi wang global yang terbaik dengan pembayaran yang pantas, privasi, kapasiti transaksi yang tinggi (blok besar) dan memenuhi permintaan sistem pembayaran global.

Meneliti kepada carta BCH/USDT, harga BCH telah mempamerkan lonjakan melebihi 500% pada pasaran 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $1,650.

Lonjakan yang berlaku itu juga disokong oleh penyenaraian Bitcoin Cash di platform LUNO pada 5 Mei.

Setelah hampir 8 hari penyenaraian BCH di platform LUNO, pergerakan harga BCH kembali membuat penyusutan drastik sehingga ke paras sokongan sekitar $500.

Namun di paras sokongan $500 tersebut, harga BCH membuat sedikit lonjakan untuk menguji paras SBR (support become resistance) sekitar $800 sebelum kembali menguji paras sokongan $500 semula.

Jangkaan seterusnya berkemungkinan harga BCH bakal kembali membuat kenaikan untuk menguji paras SBR $800 semula jika harga Bitcoin terus diperdagangkan di atas paras harga $40,000.

Sekiranya pergerakan harga BCH terus membuat lonjakan, paras SBR seterusnya sekitar $1,000 bakal diuji terlebih dahulu sebelum melonjak lebih tinggi menuju ke paras ATH $1,600.

Jika momentum kembali kepada trend penurunan, paras sokongan $500 akan kekal menjadi paras utama yang akan diuji untuk menyokong harga kembali membuat kenaikan.

Sebaliknya jika penurunan harga terus berlaku, harga dijangka bakal menuju ke paras terendah sekitar $340-$360 yang merupakan paras harga ketika pembukaan pasaran 2021.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga BCH sedikit melonjak sekitar 1% untuk diperdagangkan di paras harga $645.

Lihat gambar carta matawang kripto BCH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat