Beijing ‘Lubuk’ Hartawan Dunia

782

Bandar Beijing di China kini memiliki lebih ramai hartawan berbanding mana-mana bandar di dunia, menurut Forbes.

Ujar majalah perniagaan terbabit, Beijing kini memiliki 100 hartawan berbanding 33 orang tahun lalu.

Angka itu mengatasi New York City yang memiliki 99 orang hartawan dan memegang tangga teratas selama tujuh tahun.

Langkah pencegahan Covid-19 China yang pantas, peningkatan firma teknologinya dan pasaran saham negara itu membantunya meraih tempat teratas.

Meskipun Beijing memiliki lebih ramai hartawan, namun jumlah bersih keseluruhan kekayaan hartawan New York City kekal AS$80 bilion lebih banyak berbanding ‘rakan’ mereka di Beijing.

Penduduk terkaya Beijing adalah Zhang Yiming iaitu pengasas aplikasi perkongsian video TikTok dan ketua eksekutif firma ByteDance. Kekayaan beliau bernilai AS$35.6 bilion.

Sebagai perbandingan, penduduk terkaya New York City ialah Michael Bloomberg yang mempunyai kekayaan bernilai AS$59 bilion.

China bersama-sama Amerika Syarikat (AS) menyaksikan syarikat gergasi teknologinya menjadi lebih berpengaruh ketika pandemik Covid-19 berikutan ramai orang memilih untuk berbelanja dalam talian dan mencari sumber hiburan.

China turut menambah 210 orang hartawan baharu, lebih banyak berbanding mana-mana negara lain di dunia.

Setengah daripada mereka meraih pendapatan menerusi industri pembuatan atau teknologi termasuklah hartawan wanita yang memperoleh pendapatan menerusi penjualan rokok elektronik iaitu Kate Wang.

China kini mempunyai 698 orang hartawan manakala AS masih mendahului dengan 724 hartawan.

Pengasas dan ketua eksekutif Amazon, Jeff Bezos kekal sebagai manusia paling kaya di dunia untuk tahun keempat berturut-turut dengan nilai kekayaan sebanyak AS$177 bilion tahun lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat