Bekalan AS Jatuh, Keputusan Fed Punca Harga Minyak Tinggi

203

Minyak mentah didagangkan meningkat susulan sentimen pasaran yang bertambah baik selepas pengumuman kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $107 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula lebih kukuh pada $98 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 2% pada Rabu setelah disokong oleh kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell dan data EIA yang lebih baik daripada dijangkakan.

Mesyuarat polisi FOMC terbaru menyaksikan kadar faedah dinaikkan sebanyak 75 mata asas dengan Powell memberi isyarat mengenai kemungkinan untuk memperlahankan kadar kenaikannya.

Pasaran komoditi telah diancam oleh kebimbangan bahawa kenaikan kadar yang agresif akan melemahkan permintaan disebabkan kemelesetan.

Namun, Powell meredakan kebimbangan tersebut dengan mengatakan bahawa beliau tidak melihat ekonomi Amerika Syarikat kini dalam kemelesetan.

Terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku kedua pada hari ini, akan membuktikan sama ada kenyataan Powell adalah benar atau tidak.

Sementara itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bekalan minyak mentah AS susut sebanyak 4.5 juta tong pada minggu lepas dengan permintaan petrol meningkat 8.5%, menandakan penggunaan yang masih kukuh di ekonomi utama dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat