Bekalan Dari US Meningkat Lebih Dari Jangkaan

49

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 6.5 juta tong pada minggu berakhir 27 Januari berbanding 2.84 juta peningkatan pada minggu sebelum itu.

Jumlah inventori kini berada 6.4% melebihi stok tahun lalu di paras 494.8 juta.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala dalam data American Petroleum Institution (API) yang dikeluarkan sebelum ini mencatatkan peningkatan 5.8 juta tong.

Jadi, seperti biasa apabila bekalan minyak mentah semakin tinggi akan menyebabkan harganya jatuh. Data minggu ini menyebabkan kebimbangan terhadap kenaikan bekalan minyak mentah global, dengan Baker Hughes sebelum ini turut melaporkan tambahan jumlah pelantar minyak di US.

Minyak West Texas intermediate (WTI) ketika ini didagangkan di sekitar $53.41 setong turun dari paras tertinggi Selasa $54.01, manakala minyak Brent (Brent-oil) didagangkan pada harga $56.03 semasa artikel ini ditulis, turun dari paras tertinggi $56.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat