Bekas CIA Buktikan Kadar Jenayah Berkaitan Bitcoin Lebih Rendah Berbanding Fiat

621

Bekas pemangku pengarah Central Intelligence Agency (CIA), Michael Morell baru-baru ini ada menulis laporan bertajuk ‘An Analysis of Bitcoin’s Use in Illicit Finance’ yang mana menfokuskan kepada penggunaan Bitcoin yang berkait rapat dengan jenayah siber dan aktiviti salah laku yang lain.

Figura yang berkhidmat selama 33 tahun di agensi itu menyifatkan Bitcoin sebagai aset simpanan yang bernilai dan statusnya semakin mengukuh apabila Tesla dan MicroStrategy turut memilih raja kripto itu berbanding matawang digital yang lain.

Malah, sukar untuk disangkal bahawa Bitcoin dan matawang kripto yang lain lebih mudah digunakan untuk mengirimkan wang secara anonymous.

Melalui kajian ini juga berjaya membuktikan bahawa dakwaan Bitcoin sangat dekat dengan aktiviti jenayah adalah ‘overstated’, terlalu ditokok-tambah. Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan yang tiada data dapat menyokong tuduhan penyelia undang-undang terhadap Bitcoin.

Tuduhan pertama: penggunaannya dalam aktiviti kewangan haram semakin meningkat. Tuduhan kedua: ini adalah kes penggunaan utama matawang kripto itu.

Keputusan daripada firma analitik, Chainalysis menunjukkan jumlah aktiviti Bitcoin bagi tempoh masa bermula 2017 sehingga 2020, kurang daripada 1% bagi penggunaan tidak sah.

Manakala keputusan daripada firma analitik, CipherTrace menunjukkan keseluruhan jumlah perdagangan bagi BTC yang melibatkan dengan jenayah cuma 0.5%.

Ini berbeza dengan transaksi haram bagi matawang fiat yang mencatat rekod lebih tinggi iaitu sekitar 2%-4%.

Bukankah ini membuktikan sebenarnya sektor kripto telah dipandang rendah? Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan baik matawang fiat atau matawang kripto, kedua-duanya ada baik buruknya dan tiada yang ‘terlalu’ sempurna atau sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat