Bekas Duta Amerika Syarikat Berpendapat Konflik AS-Iran Belum Selesai!

1,062

Pada hari ini, bekas duta Amerika Syarikat, Frank Lavin telah mengeluarkan pandangan beliau mengenai konflik AS-Iran. Menurut beliau. Presiden A.S Donald Trump telah dapat mengendalikan konflik A.S-Iran dengan agak baik pada minggu ini.

Walaubagaimanapun kata beliau konflik AS-Iran ini belum sebenar-benarnya berakhir seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Dalam masa beliau mengatakan Trump telah melakukan tindakan yang agak baik pada minggu ini, namun konflik ini tidak akan bearkhir begitu sahaja dan ia berkemungkinan akan berulang.

Selain itu, ketua pakar ekonomi, Simon Baptist di Economist Intelligence Unit juga mengutarakan pendapat yang senada dengan mengatakan bahawa negara Iran dan Korea Utara masih tekad untuk menghasilkan bom nuklear. “Tanpa rundingan,saya melihat konflik tersebut mungkin akan reda namun hanya seketika dan mungkin akan terjadi kembali pada masa akan datang”.

Pada hari ini, Dewan Perwakilan A.S telah meluluskan resolusi yang bertujuan untuk membataskan kuasa ketenteraan Presiden Donald Trump ke atas Iran. Sebelum ini iaitu pada minggu lalu, Trump telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq sehingga mengorbankan Jeneral Iran Qassem Soleimani.Hal ini telah menimbulkan kebimbangan para perwakilan kerajaan. Justeru terdapat usulan untuk membataskan kuasa ketenteraan Trump.

Dewan yang majoritinya dipegang oleh Parti Demokrat meluluskan resolusi tersebut dengan keputusan 224-194, dan turut menerima undian daripada beberapa ahli parti Republik pimpinan Trump. Resolusi ini seterusnya akan diserahkan kepada Senat untuk pertimbangan.

Setakat ini pasara beranggapan bahawa konflik AS-Iran telah reda setidak-tidaknya buat sementara waktu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat