Bekas Peguam Negara US Yang Dipecat Trump Pula Buka Mulut

66

Bekas peguam negara Amerika Syarikat Preet Bharara mendedahkan pada Ahad bahawa beliau menerima panggilan telefon yang ‘luar biasa’ dari Donald Trump selepas pilihanraya November yang membuatkan beliau tidak selesa dan mengatakan beliau dipecat selepas enggan menjawab panggilan yang ketiga.

Bercakap kepada agensi berita ABC dalam temubual pertama beliau di televisyen sejak dipecat oleh Trump Mac lalu, Bharara berkata dia percaya panggilan telefon oleh Trump adalah melanggar ‘batasan’ antara pihak eksekutif kerajaan dan badan penyiasat bebas.

“Ia sangat pelik dan ganjil berada dalam perbualan satu sama satu tanpa peguam negara, tanpa memberi amaran antara presiden dan saya atau mana-mana peguam US yang disuruh menyiasat pelbagai kes dan sedang menyiasat presiden itu sendiri,” kata Bharara.

Tambahnya, semasa Barack Obama menjadi Presiden, Obama tidak pernah menelefonnya secara langsung.

Beberapa hari lepas sebelum komen Bharara ini, bekas pengarah FBI James Comey telah memberi keterangan di hadapan jawatankuasa perisikan senat US berkaitan arahan Trump untuk menggugurkan siasatan terhadap Michael Flynn yang berkait rapat dengan Rusia.

Comey dalam keterangannya juga percaya bahawa pemecatan beliau adalah usaha untuk menjejaskan penyiasatan terhadap kaitan kempen Trump dan Rusia bagi mempengaruhi pilihanraya presiden tahun lalu.

Trump dalam responnya menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak pernah memberi arahan kepada Comey untuk menggugurkan siasatan terhadap Flynn.

Selepas sahaja komen Bharara pada Ahad, jurucakap White House mengatakan dakwaan bahawa Trump membuat panggilan telefon kepada beliau hanyalah ‘cubaan untuk menembak angin’.

“Ia agak tak selesa, tetapi beliau bukanlah presiden. Beliau hanyalah presiden yang dipilih pada masa itu,” kata Bharara.

Panggilan ketiga adalah selepas dua hari Trump secara rasmi menjadi Presiden US. Namun Bharara enggan menelefon Trump semula.

“Panggilan itu masuk. Saya mendapat mesej. Kami berbincang tentang hal tersebut dan kata pada beliau, adalah tidak sesuai untuk memanggil semula. Dan selepas 22 jam, saya dipecat bersama 45 orang yang lain,” katanya.

Bharara tidak memberi komen sama ada beliau merasakan Trump telah menghalang keadilan dalam perbualan itu dan juga pemecatan Trump.

Namun, dia berkata adanya “bukti yang mutlak untuk memulakan kes” berkaitan perkara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat