Bekas Penasihat Ekonomi Rumah Putih Berpendapat Trump Akan Kehilangan Kredibiliti!

391

Bekas penasihat ekonomi tertinggi White House, Gary Cohn mengutarakan pandangan beliau mengenai hubungan perdagangan Amerika Syarikat dan China. Beliau percaya bahawa Presiden Donald Trump akan meneruskan pengenaan tarif pada 15 Disember jika A.S dan China belum mencapai kesapakatan dalam perjanjian.

” Saya berpendapat beliau akan meneruskan mengimplementasikan tarif dan jika beliau tidak tetap pendirian, beliau akan kehilangan kredibiliti pada pandangan China”- Gary Cohn

Menteri Kewangan A.S, Steven Mnuchin juga berpendapat yang hampir sama bahawa beliau menjangkakan tarif akan dikenakan seperti yang dijadualkan pada bulan Disember keatas barangan China jika tiada perjanjian.

Cohn dimana sebelum ini mengumumkan persaraan dariapda menjadi penasihat ekonomi tertinggi White House pada bulan Mac 2018 yang kini merupakan pegawai bela perdagangan bebas memiliki pandangan yang bercanggah dengan pelan tarif yang diutarakan oleh Trump.

Pada bulan Oktober, A.S dan China telah bersetuju dengan perjanjian perdagangan separa, dimana Trump telah memutuskan tidak meneruskan kenaikan tarif seperti yang dijadualkan.

Walaubagaimanapun perjanjian “fasa pertama”setakat ini masih belum ditandatangani. Dalam masa yang sama ketegangan perdagangan antara kedua-dua juga masih dalam fasa yang mengkhuatirkan. Trump menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju menghapus tarif yang dikenakan ke atas barangan China. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh China sehingga mengurangkan harapan pasaran bahawa konflik perdagangan akan dapat diselesaikan.

Cohn percaya bahawa perang dagang sedang memberi impak  terhadap ekonomi A.S. Beliau menggesa agar Trump setidak-tidaknya menandatangani perjanjian fasa pertama agar sektor pertanian A.S dapat dijana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat