Bekas Pengerusi Kempen Trump Didakwa, Dolar Menyusut Berbanding Yen

55

Matawang U.S dolar menyusut pada paras terendah 1 minggu berbanding matawang yen pada hari Selasa berikutan tindakan pelabur bertukar berhati-hati terhadap U.S dolar selepas bekas pengurus kempen Presiden Donald Trump dituduh dengan pengubahan wang haram.

Selain itu, menurut penganalisis yang turut member kesan kepada U.S dolar ialah kemungkinan Trump memilih Gabenor Jerome Powell sebagai pengerusi Rizab Persekutuan yang baharu.

Powell dilihat sebagai individu yang lebih dovish dalam monetari polisi berbanding calon lain terutamanya John Taylor (pakar ekonomi Universiti Standford) yang merupakan calon yang disenarai pendekoleh Trump.

U.S dolar menyusut berbanding yen sebanyak 0.08% kepada 113.09 selepas jatuh kepada paras terendah sejak 20 Oktober iaitu 112.97 pada pembukaan dagangan Asia.

Bekas pengerusi kempen Presiden Donald Trump ditahan berikutan siasatan terhadap campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden 2016. Paul Manafort dan Rick Gates dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah melakukan pengubahan wang haram dan beberapa dakwaan lain.

Menurut Stephen Innes, pengurus dangangan Asia-Pasifik, laporan tersebut menyebabkan dolar menyusut sedikit berbanding yen, namun masih ada ketidapstian.

Ekuiti Asia melemah pada hari Selasa ekoran kelemahan di Wall Street pada hari Isnin.

Pasaran memberi tumpuan pada laporan monetari polisi Bank of Japan (BoJ) yang dijangka tidak akan memberi impak yang besar kepada matawang yen jika bank pusat masih mengekalkan polisi sedia ada.

Matawang Euro merekod penyusutan pada apabila EUR/USD jatuh sebanyak 0.11% kepada 1.1637 setakat jam 11.00 pagi menghampiri paras harga pembukaan Isnin di 1.1613.

AUD/USD juga merekod penyusutan 0.17% kepada 0.7675 setakat jam 11.00 pagi selepas laporan rasmi pengilangan PMI menunjukkan pertumbuhan kurang daripada jangkaan dalam sektor pembuatan pada bulan Oktober.

Matawang Aussie sensitif dengan dengan data ekonomi China, kerana hubungan perdagangan yang kuat antara kedua buah negara tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat