Beli Atau Jual? – MicroStrategy Berteka-Teki Untuk Aset Kripto

1,586

MicroStrategy, firma gergasi pertama yang mengumumkan pelaburan dalam Bitcoin (BTC) terus mencatatkan keuntungan berganda setiap kali harga raja kripto itu melonjak.

Dengan keuntungan yang dicatatkan, ada dua kemungkinan tindakan MicroStrategy – sama ada menambah lagi pemilikan Bitcoin atau menjual sebahagian aset tersebut untuk memperoleh keuntungan.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan firma ini, pasti tahu MicroStrategy mula membuat pelaburan dalam Bitcoin pada Ogos 2020 dengan pembelian sebanyak 21,454 BTC pada harga $250 juta.

Sejak daripada itu, MicroStrategy terus membuat pelaburan di dalam Bitcoin sehinggalah yang terbaru pada April, firma itu menambah sebanyak lebih 253 bitcoin pada nilai hampir $15 juta secara tunai.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pegangan MicroStrategy mencapai rekod 91,579 BTC membawa nilai sebanyak $5.3 bilion mengikut harga seunit Bitcoin ketika penulisan $57,958.

Menurut MicroStrategy, mereka berpuas hati kerana strategi mereka melabur di dalam Bitcoin membuahkan hasil, di mana keuntungan mereka mencecah lebih $1 bilion.

“Pada masa akan datang, mungkin MicroStrategy akan menambah lagi bitcoin atau menjual sebahagiannya bagi mengurangkan kuantiti pegangan.” jelas firma itu.

Selepas MicroStrategy mengorak langkah dalam sektor kripto, banyak pelabur institusi turut mengikut trend tersebut. Antaranya Square, Inc., Tesla, Inc., dan Nexon Co..

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat