Beli Rumah Di Dunia Nyata Guna NFT, Propy (PRO) Melonjak Lebih 425%!

1,334

Selalunya non-fungible token (NFT) dikaitkan dengan pemilikan di dalam dunia maya, tetapi Propy memperkenalkan satu era baharu yang mana anda boleh memiliki rumah melalui pembelian NFT.

Propy (PRO) merupakan sebuah projek kripto yang menfokuskan kepada integrasi teknologi blockchain dengan sektor hartanah bagi memudahkan proses pembelian rumah di dunia sebenar.

Langkah ini dikatakan jauh lebih pantas, mudah, dan selamat kerana disokong oleh blockchain yang bercirikan desentralisasi.

Untuk lebih faham, setiap rumah yang tersenarai di bawah Propy akan terjual sebagai NFT. Tidak seperti metaverse, anda benar-benar boleh menetap di rumah tersebut.

Token Propy (PRO) mencatatkan lonjakan lebih 425% dari paras terendah, $1.12 pada 12 Januari kepada $5.85 pada 14 Januari.

Tiga faktor yang mendorong kepada lonjakan harga aset ini:

  • Coinbase
    • Koin PRO telah disenaraikan secara rasmi di bursa kripto, Coinbase pada 14 Januari.
    • Sebelum tersenarai di Coinbase, PRO telah pun berada di beberapa platform: Huobi Global, Bitrue, dan Uniswap.
  • NFT hartanah pertama di Amerika Syarikat (AS)
    • Penjualan hartanah ini buat kali pertamanya berlaku di Florida, dan seterusnya di Miami.
    • Bagaimanapun, rekod penjualan pertama sebenarnya telah berlaku pada 2017:
      • Pengasas TechCrunch, Michael Arrington telah menjual apartmentnya pada nilai 36 ETH.

  • Desakan populariti NFT dan blockchain
    • Kebanyakkan pelabur mula menfokuskan kepada tempat yang lebih selamat untuk menyimpan aset mereka termasuklah hartanah yang sinonim sebagai ‘safe haven’.
    • Sudah tentulah tiada perantara menjadikan NFT lebih unik, termasuklah kos transaksi (pemprosesan jual beli rumah) yang jauh lebih rendah.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat