Belum Boleh Tarik Nafas Lega, Sentimen Pasaran Masih Lagi Berisiko

526

Sentimen pasaran pada hari ini sedikit reda selepas pelabur berdepan ketidaktentuan yang melanda dagangan awal minggu serta pergerakan pasaran yang tidak stabil. Namun sentimen pasaran masih dilihat kekal berisiko.

US dolar diniagakan kembali meningkat dengan harapan terhadap rangsangan ekonomi Amerika Syarikat dan juga peningkatan pada hasil perbendaharaan A.S.

Pasaran saham A.S papar kenaikan setelah Presiden A.S Donald Trump mengumumkan White House akan mengadakan persidangan hari ini untuk membincangkan langkah-langkah sewajarnya dalam menangani penularan wabak Coronavirus yang semakin meningkat di ekonomi terbesar dunia itu.

Dagangan US dolar berbanding Yen dilihat kembali mencatat kenaikan semula setelah mencecah paras terendah 3 tahun pada sesi sebelumnya.

Walaupun laporan data pekerjaan NFP A.S yang diterbit minggu lalu adalah positif, namun tetap gagal menyokong pengukuhan US dolar yang masih dibayangi jangkaan penurunan kadar faedah lebih rendah oleh Federal Reserve (Fed) selepas pemotongan 50 mata asas sebelum ini.

Masih lagi menjadi isu tumpuan pada awal minggu iaitu krisis perang harga minyak yang tercetus antara Arab Saudi dan Rusia susulan kegagalan rundingan OPEC untuk mencapai persetujuan bagi tindakan pengurangan pengeluaran untuk kestabilan harga minyak dalam pasaran.

Kesan daripada itu, harga minyak merekodkan kejatuhan harian terbesar sejak Perang Teluk 1991.

Matawang dolar Kanada dijangka akan terus bergerak lemah sepanjang minggu ini yang sensitive terhadap perubahan harga minyak mentah.

Turut menerima kesan untuk matawang komoditi iaitu dolar Australia dan dolar New Zealand yang mempamerkan pergerakan drastik pada carta harga semalam.

AUD/USD menjunam sekitar 300 pips sebelum kembali melonjak 370 pips semula. Dan dagangan NZD/USD catat terjunan harga 330 pips sebelum melonjak semula 440 pips. Satu pergerakan harga yang tidak normal buat pelabur dan berisiko tinggi.

Pelabur akan menantikan perkembangan oleh ekonomi-ekonomi utama dunia khususnya Amerika Syarikat dalam usaha untuk memulihkan kembali pasaran kewangan semasa yang terjejas.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat