Belum Selesai Dengan China, Trump Kini Mengancam Mexico Pula

861

Ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat(AS) dan China semakin meningkat dan membimbangkan para pelabur. Dagangan safe-haven Yen mendapat kelebihan untuk mengukuh berikutan permintaan yang meningkat dalam keadaan pasaran yang terus berisiko.

Pentadbiran Donald Trump mengembangkan lagi isu perang dagang dengan mensasarkan negara lain pula menambahkan lagi kegelisahan terhadap sentimen yang sudah berisiko dan menjejaskan pasaran kewangan global.

Selepas China, kini Mexico pula dilaporkan menjadi sasaran Amerika Syarikat apabila mengumumkan tindakan tarif terhadap kesemua barangan import yang datang daripada negara jirannya itu. Hal ini telah menyebabkan matawang Peso Mexico jatuh ke paras tiga bulan dagangan berbanding dolar Amerika.

Trump juga mengugut sekiranya Mexico tidak melaksanakan usaha untuk menghalang isu imigresen harap ke Amerika Syarikat, tarif 5% yang dikenakan terhadap kesemua barangan akan melonjak kepada 25% menjelang Oktober 2019.

Ancaman tindakan ekstrem Trump tersebut turut memberi tempias terhadap dagangan matawang komoditi terutamanya dolar Kanada yang jelas menunjukkan penurunan semalam. Perjanjian NAFTA di antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada sebelum ini juga bakal kembali terjejas.

Perkembangan di Eropah pula, ketidaktentuan yang melanda ekonomi pada zon Eropah dan ditambah lagi dengan kebimbangan terhadap kebangkitan parti-parti politik euroskeptik dalam kalangan negara anggota selepas pilihanraya parlimen, telah menjurus kepada kejatuhan dagangan matawang dolar Euro.

Euro terus didagangkan lemah dan bergerak di sekitar paras support yang dicecah pada minggu lalu yang juga merupakan paras terendah dua tahun dagangan berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pound Sterling diniagakn perlahan di sekitar paras terendah empat bulan berbanding dolar AS dan Euro pada Khamis ekoran pelabur yang berwaspada dengan situasi penggantian jawatan Theresa May yang mengumumkan pengundurannya sebagai pemimpin.

Pasaran tertanya-tanya siapakah calon yang bakal menggantikan Theresa May sebagai pemimpin yang baru pada penghujung Julai nanti dan mampukah beliau menangani isu Brexit dengan lebih baik?

Dalam beberapa nama yang dikaitkan dengan penggantian PM May, Boris Johnson yang dilabelkan sebagai calon pilihan berkata Britain harus meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober nanti sama ada dengan perjanjian ataupun tiada perjanjian.

Penganalisis berpendapat bahawa risiko terhadap pengunduran Britain tanpa perjanjian (no-deal Brexit) meningkatkan lagi kebimbangan pelabur dan menjadi faktor kepada kecairan yang kekal rendah dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat