Benarkah BNM Akan Memotong Kadar Sekali Lagi Pada Tahun Ini?

49

Matawang Asia antara yang paling teruk terjejas semenjak dunia dikejutkan dengan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS yang baru. Ringgit, sebagai antara matawang yang mencatat junaman yang tinggi dalam tempoh masa tersebut juga menyebabkan bank pusat ingin mempertimbangkan potensi pemotongan kadar.

Setelah mengejutkan pasaran dengan pengurangan kadar pada bulan Julai lalu, BNM dijangka akan memotong lagi kadar untuk tahun ini. Pun begitu, menurut satu tinjauan lain oleh Bloomberg terhadap 19 ahli ekonomi, Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan overnight policy rate pada tahap 3 peratus.

bnm-67Sejak 8 November lalu, Ringgit telah jatuh lebih 5 peratus setelah negara-negara yang sedang membangun di Asia mencatatkan $11 Billion dana aliran keluar. Usaha BNM dalam menyekat penjualan Ringgit di pasaran offshore juga memburukkan keadaan kerana pelabur bimbang ia akan membawa kepada kawalan modal seperti yang pernah dilakukan pada tahun 1998.

Kata Julia Goh, salah seorang pakar ekonomi di United Overseas Bank Ltd Kuala Lumpur, kelemahan matawang berpotensi untuk meningkatkan inflasi pada tahun depan. Justeru, negara berkemungkinan akan menyaksikan pemotongan kadar sekali lagi pada tahun ini.

Bank dunia juga sebelum ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sedikit goyah pada kurang daripada 5 peratus dari 2016 sehingga 2018. Turun naik Ringgit, disamping pengukuhan US Dollar buat masa ini juga telah memburukkan lagi keadaan. Ekonomi Malaysia dilaporkan berkembang sebanyak 4.3 peratus pada suku sebelum ini berbanding tahun sebelumnya.

Bank-bank pusat di rantau ini yang turut terjejas dengan ketidaktentuan ekonomi global contohnya Indonesia telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar sedia ada setelah memotong kadar 6 kali pada tahun ini.

Sehingga Selasa, Ringgit telah menjunam selama 10 hari berturut-turut sehingga diniagakan pada paras terendah sejak Oktober 2015. Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia juga menjangkakan tahap inflasi akan meningkat tahun hadapan kepada 2 hingga 3 peratus berbanding 2 hingga 2.5 peratus pada tahun ini.

Campur Tangan BNM Dalam Menstabilkan Nilai Ringgit Menimbulkan Banyak Spekulasi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat