Benarkah Malaysia Sebenarnya Kekurangan Rumah Mampu Milik?

100

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) penurunan jumlah perumahan mampu milik semakin bertambah manakala jumlah hartanah komersil semakin bertambah.

Kekurangan jumlah rumah mampu milik kini dijangka mencecah satu juta unit pada tahun 2020.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata bahawa negara memerlukan penyelesaian yang berani dan pragmatik bagi meningkatkan jumlah perumahan yang mampu dimiliki.

Kini, kami menganggarkan kekurangan 960,000 unit rumah mampu milik dan angka ini dijangka akan mencapai satu juta unit pada tahun 2020.

Menurut Muhammad lagi, pihak berkuasa pusat perlu memperbaiki keupayaan untuk memantau dan mengawal ketidakseimbangan bekalan dan permintaan yang berlaku di dalam sektor hartanah ini.

Katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Perbankan Malaysia (ASLI) ke 21, berbeza dengan perumahan mampu milik, lot pejabat dan kedia runcit kini melebihi permintaan.

Pada tahun 2016, kadar kekosongan ruang pejabat utama di Lembah Klang berada pada tahap 21.8 peratus mengatasi purata serantau sebanyak 6.2 peratus.

Tanda-tanda lebihan ini juga dapat dikesan di pusat bandar utama termasuk peningkatan pusat membeli belah yang mempunyai ruang kosong.

Apa yang lebih mengejutkan, jumlah pusat membeli-belah di sepanjang regangan 40 km lebuhraya LDP sahaja kini mencecah 20 buah.

Ketidakseimbangan yang berlaku terhadap isu perumahan mampu milik ini juga dikatakan berpunca daripada pendapatan individu yang rendah dan ketidakpadanan diantara bekalan dan permintaan.

Justeru faktor popular yang sering disebut-sebut sebagai punca kekurangan perumahan mampu milik iaitu pembiayaan hanyalah mitos, kerana data jelas menunjukkan bahawa pinjaman rumah baru telah diperluaskan merangkumi harga rumah di bawah RM500,000.

Muhammad juga menegaskan bahawa kesan masalah ini tidak hanya terhad kepada sektor hartanah komersil, malahan meninggalkan kesan kepada sektor ekonomi yang lain.

Perkembangan Terkini Yang Menimpa Dagangan Emas Dalam Sesi Asia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat