Benarkah Metaverse Akan Capai $750 Bilion Nilai Pasaran?

402

‘Siapa awal mesti dapat manfaat dengan platform tahap baru internet masa depan ni.’

Firma perundingan perniagaan Amerika Syarikat (AS), Frost & Sullivan mempertaruhkan bahawa metaverse mempunyai peluang untuk mencapai pasaran bernilai hampir $750 bilion menjelang 2030.

Asas tersebut dibuat berdasarkan laporan firma terhadap Gen Z terutamanya, yang menghabiskan masa dalam komuniti sosial akan menggunakan media dan mengambil bahagian dalam acara maya serta sukan dalam platform tersebut.

Menurut laporan tersebut, metaverse berpotensi menggabungkan rangkaian dunia maya dan perdagangan dunia sebenar yang membolehkan organisasi menyertai aktiviti ekonomi seperti yang dilakukan dalam dunia fizikal.

Ulas pengarah penyelidikan Frost & Sullivan, Kiran Kumar, rata-rata syarikat teknologi melihat potensi besar pada metaverse sebagai tahap seterusnya untuk internet.

Beliau menjangkakan bahawa dalam tempoh 12 bulan dari sekarang, industri permainan sehingga ke media dan hiburan serta peruncitan akan menyaksikan penyertaan tinggi dalam ekosistem platform tersebut.

Tambahnya, teras utama metaverse adalah penyatuan (interoperability) dan kejayaan dalam menggabungkan platform dan ekonomi dari segi insentif serta faedah yang terikat dengan dunia fizikal akan membawa peluang lebih besar.

Dalam pada itu, Kumar menasihatkan pemain pasaran untuk mendesentralisasikan pengalaman dan mewujudkan ekosistem yang lebih terbuka serta saling kendali dengan ekosistem tradisional dalam menjayakan metaverse.

Diperhalusi, pasaran perlu mengembangkan modal perkhidmatan menjangkaui keupayaan tradisional dan menyediakan pelanggan dengan modal hasil unik dalam metaverse kerana ia memainkan peranan penting dalam ekosisitem tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat