Lepas Ni Bolehlah Anda Jelaskan Tentang Bitcoin Kepada Rakan-Rakan

276

Mengikut analogi yang diberikan oleh Nick Custodio ini, ia dapat menerangkan bitcoin kepada anda dengan bahasa yang sangat mudah melalui perumpamaan bitcoin sebagai ‘pisang’.

Bayangkan, A berjumpa dengan B di taman. Mereka duduk berdua di salah satu bangku yang disediakan. Maka bermulalah babak seperti berikut.

Situasi 1

Pada ketika itu si A hanya ada 1 pisang. A rasa simpati dengan B, maka A berikan pisang tersebut kepada B.

Disebabkan ia merupakan pemberian fizikal, B dapat merasa pisang ada ditangannya dan A dapat rasa A telah memberikan pisang tersebut. Pada ketika itu, A dan B tidak memerlukan orang ketiga iaitu Z untuk jadi orang tengah untuk memastikan pemberian antara A kepada B terjadi.

A sedar apabila dia telah beri pisang kepada B dia kehilangan pemilikan dan A juga sudah tiada apa-apa pisang di tangannya.

Di satu sisi pula, B mempunyai pegangan terhadap pisang tersebut kerana sudah menjadi hak beliau. B boleh buat apa yang dia suka sama ada untuk berikan kepada orang lain atau sebagainya.

Itu cerita pisang sebenar atau pisang yang bersifat fizikal.

Situasi 2

OK sekarang, situasi DUA adalah sama dengan situasi SATU, cuma pisang pada ketika ini bersifat DIGITAL. Oleh itu, kita namakan ia pisang digital.

Sekarang, A ada pisang digital.  A berikan kepada B. Tetapi selepas A berikan kepada B, ada perasaan sangsi yang dirasakan oleh B.

Bagaimana B hendak pastikan bahawa pisang digital yang sebelum ini milik A itu hanya menjadi miliknya?

Bagaimana B dapat tahu bahawa A tidak berikan pisang digital itu kepada C,D atau orang lain?

Bagaimana jika A ciplak beberapa pisang digital dan muat naik ke dalam internet sehingga ramai orang boleh muat turun pisang digital tersebut?

Pertukaran digital tidak semudah pertukaran secara fizikal.  Masalah seperti ini, dipanggil double spending.

Maka bagi menyelesaikan masalah A dan B ini, buku rekod (ledger) digunakan bagi mengenalpasti dan merekodkan pisang digital. Buku rekod ini akan merekodkan segala transaksi seperti buku akaun.

Maka disebabakan ledger ini bersifat digital maka ada individu/badan akan mengawal selia.

Tetapi ini juga masih bermasalah,

A dan B pula menimbulkan persoalan. Bagaimana jika individu/badan yang mengawal selia itu menambah pisang digital seberapa banyak yang mereka suka?

……

Secara asasnya idea blockchain adalah untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa tidak kita tukarkan pisang digital seperti situasi 1 iaitu seperti pertukaran fizikal?

Seperti A beri pisang kepada B. Bagaimana jika kita berikan buku rekod (Ledger) ini kepada semua pengguna (user).

Oleh itu, daripada buku rekod ini hanya dipegang dan diketahui satu individu tertentu, lebih baik semua orang dapat memiliki dan melihat buku rekod tersebut.

Jadi, tiada siapa boleh menipu. Sesiapa pun tidak boleh memberikan bitcoin jika mereka tidak memilikinya, sebab setiap orang dalam sistem akan tahu.

Peraturan sistem ini telah ditentukan sejak awal lagi. Kod dan peraturan semuanya berisifat open-source. Siapa-siapa sahaja boleh ikut serta. Jika seseorang itu ingin tambah pisang digital, ia perlu melalui habuan (mining). Satu-satunya cara untuk menambah pisang digital dalam sistem selain daripada transaksi.

……

Analoginya sistem ini adalah bitcoin protocol dan pisang digital adalah bitcoins dalam sistem.

Kesimpulannya

1. Buku rekod ini bersifat open source. Jumlah pisang telah ditentukan sejak awal. Kita tahu berapa banyak bilangan coins yang wujud dalam sistem. Dalam sistem, kita juga tahu bahawa ia terhad.

2. Bila kita melakukan transaksi, kita kehilangan pemilikan dan ia menjadi sepenuhnya hak orang lain.

3. Disebabkan buku rekod ini bersifat umum, kita boleh memastikan setiap transaksi yang berlaku.

Dalam sistem ini, pertukaran pisang digital seperti pertukaran pisang sebenar. Tiada campurtangan orang lain. Hanya antara sesama pengguna.

Kita boleh hantar 1000 pisang digital, 1 juta pisang digital atau 0.001 pisang digital ke dalam sistem. Hanya dengan perlu click sahaja, kita boleh hantar dan gugurkan ia dalam dompet digital kita dimana jua kita berada.

 

Artikel ini hanyalah bertujuan untuk memahami asas blockchain dan bitcoin secara santai dengan menggunakan pendekatan perumpamaan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat