Benci Twitter Kerana Elon Musk? Aplikasi Ini Alternatif Terbaik

328

‘Bendanya sebijik macam Twitter tapi versi decentralised dan di kawal sepenuhnya oleh pemilik server.’

Pembaharuan yang cuba di bawa Elon Musk pada Twitter menyebabkan segelintir pengguna tegar microblogging beralih ke Mastodon.

Difahamkan aplikasi Mastodon, yang dilancarkan pada 2016, menjadi alternatif dalam kalangan microblogger dengan ia menawarkan fungsi serupa seperti Twitter namun tegasnya berasaskan decentralised.

Menawarkan kemudahan yang membolehkan penggunanya menulis post dikenali sebagai ‘toots’ seolah-olah tweet di Twitter, ia telah menambah 230,000 pengguna baru sejak pemerolehan Musk pada beberapa minggu lepas.

Keunikan pada Mastodon yang membolehkan individu membuka server dan menghubungkan pengguna lain yang berkongsi minat sama telah menjadi daya penarik utama dalam kalangan microblogger baru dan lama.

Ia seolah-olah blog yang membolehkan pengguna post, re-post dan like sambil menghubungkan sejumlah komuniti dengan minat serupa tanpa di kawal oleh mana-mana badan atau organisasi.

Selain itu, Mastodon setakat ini juga boleh diakses secara percuma di kebanyakan tempat dengan hanya sesetengah negara sahaja yang meminta sumbangan ketika membuka server.

Berbalik kepada Twitter dan Musk, perubahan yang cuba dibuat oleh jutawan itu telah membawa reaksi bercampur dalam kalangan pengguna media sosial sejak pemerolehan $44 bilion bulan lepas.

Kelantangan Musk dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara pada Twitter sangat diterima baik oleh pengguna namun penetapan verified badge yang perlu dibayar $8 sebulan tidak digemari.

Turut menjadi isu adalah Musk dilihat bakal membawa perubahan besar lain bukan sahaja kepada polisi aplikasi malah tenaga kerja syarikat dengan pemecatan eksekutif penting sebaik memasuki pejabat Twitter.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat