Benteng Terkebal September 2020 Kembali Pacu AUD/USD Mendaki

160

Kegusaran mengenai varian Omicron yang makin mereda serba sedikit telah menyebabkan matawang safe-haven termasuk USD sedikit punah dan terus memberi ruang kepada dolar Aussie untuk kukuh.

Pengukuhan dolar Aussie juga dipacu oleh optimisme yang meyakinkan dari Bank Pusat Australia (RBA) meskipun laporan keputusan mesyuarat menepati jangkauan pasaran dalam mengekalkan dasar polisi.

Turut terdapat spekulasi pasaran mengenai pengurangan pembelian bon bank pusat yang lebih cepat juga boleh dijadikan sebagai faktor mengapa Aussie berjaya mencatatkan pengukuhan yang agresif.

Meneliti harga pada carta pasangan matawang AUD/USD menyaksikan harga masih lagi tidak berdaya untuk mengatasi zon sokongan 0.70000 yang merupakan benteng paling kebal sejak September 2020.

Disebabkan faktor berkenaan, pergerakan harga dilihat telah menembusi zon RBS (resistance become resistance) sekitar 0.71000 yang sama sekali juga terus mempersembahkan pendakian lebih 100 pips.

Pendakian itu tampaknya seakan sedang memberi petunjuk awal yang membawa kepada perubahan trend dan telah bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Momentum seterusnya berkemungkinan akan melihat pergerakan harga untuk kembali menggapai ke zon SBR (support become resistance) 0.72000 yang sebelum ini pernah memacu peningkatan harga.

Sekiranya harga terus mengatasi zon SBR tersebut, sama sekali ia akan menguatkan jangkaan pelabur untuk trend bullish yang lebih ketara untuk sasaran berikutnya mampu mencapai ke zon SBR 0.73000.

Akan tetapi tidak mustahil untuk memperlihatkan pergerakan harga kembali membuat terjunan yang mana zon sokongan 0.70000 sudah tentunya akan menjadi zon tumpuan utama untuk dicecah semula.

Penurunan yang lebih rendah pula bakal mendorong harga membuat percubaan untuk melepasi zon sokongan paling kebal sejak September 2020 itu bagi melihatkan paras terendah 18 minggu tercipta.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat