Berakhirnya Debat Calon Presiden Amerika. Rasa-Rasa Siapa Yang Menang?

50

Sebentar tadi berakhirnya debat ke-tiga calon presiden Amerika Syarikat. Secara keseluruhan, Clinton masih dilihat sebagai pemenang kepada debat ini setelah menang dalam debat pertama dan kedua sebelum ini. Apakah faktor kemenangan Clinton?

Clinton

Hillary Clinton mempunyai satu misi dalam debat ketiga ini, iaitu sentiasa focus kepada mesej yang ingin disampaikannya dan tidak terikut-ikut dengan gaya debat Trump yang kasar dan suka memburuk-burukkan peribadi lawannya. Clinton dilihat pandai mematahkan hujah Trump.

Beliau dilihat kuat di Supreme Court sebentar tadi. Dia mematahkan hujah lawannya dalam isu imigrasi dengan baik. Hillary juga menewaskan Trump dengan bergaya dalam isu perdagangan antarabangsa yang mana Trump mengakui beliau menggunakan produk China untuk pembinaan bangunannya dan bukannya produk Amerika sendiri.

Trump dilihat sentiasa mengutarakan konspirasi-konspirasi polisi untuk membalas Hillary, namun tidak berjaya meyakinkan penonton. Hillary hanya membicarakan fakta dan tidak lari daripada isu yang diutarakan oleh moderator.

Hillary yang juga bekas seorang peguam, bercakap, berdiri dan berhujah seperti beliau adalah Presiden sebenar.

 

LAS VEGAS, NV - OCTOBER 19: Democratic presidential nominee former Secretary of State Hillary Clinton listens to Republican presidential nominee Donald Trump speak during the third U.S. presidential debate at the Thomas & Mack Center on October 19, 2016 in Las Vegas, Nevada. Tonight is the final debate ahead of Election Day on November 8. (Photo by Drew Angerer/Getty Images)

 

Trump

Trump sebenarnya dilihat oleh pemerhati politik Amerika sebagai banyak menipu fakta di mana dia mengatakan 100% wang Yayasan miliknya digunakan untuk aktiviti kebajikan.

Beliau banyak memberi serangan peribadi kepada Hillary dengan teori-teori konspirasi polisi yang diutarakannya. Namun beliau tidak dapat memberi sebarang bukti yang sahih kepada dakwaannya itu.

Beliau juga silap dalam debat kali ini, apabila mempertahankan Vladimir Putin yang mana rakyat Amerika mempunyai stigma negatif kepada pihak Rusia sejak bertahun lamanya.

Apa yang positif di pihak Trump pada hari ini adalah, dia memulakan debat dengan bercakap lembut dan selepas tiga minit kelembutannya itu hilang apabila rasa terhina oleh Ruth Bader Ginsburg.

Republican presidential nominee Donald Trump listens to Democratic presidential nominee Hillary Clinton during the presidential debate at Hofstra University in Hempstead, N.Y., Monday, Sept. 26, 2016. (AP Photo/Patrick Semansky)

Sesiapa yang mengikuti debat antara mereka sejak debat pertama tahu, ini adalah peluang Trump yang terakhir dan akhirnya dia musnahkan sendiri peluang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat