Berapa Kali Tak Lepas Resistance, GBP/USD Nak Menjunam?

1,182

Cubaan lonjakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Khamis masih gagal diteruskan selepas harga kembali turun semula pada sesi New York.

Pengukuhan Pound Sterling pada awalnya dilihat disokong oleh laporan data pekerjaan UK yang lebih baik berbanding jangkaan.

Kadar tuntutan pengangguran di UK susut untuk bulan Jun dan indeks purata pendapatan pula mencatatkan penurunan, namun sedikit tinggi berbanding jangkaan penurunan.

Kadar pengangguran di UK berjaya kekal di paras 3.9% berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 4.2%.

Harga pada carta GBP/USD membuat kenaikan dari paras 1.25200 di zon RBS (resistance become support) melonjak lebih 100 pips ke paras ketinggian sekitar 1.26200 din zon resistance.

Namun harga yang gagal menuju paras ketinggian 1.26600 yang diuji pada awal minggu sebelum pengukuhan semula US dolar disebabkan risiko dalam pasaran telah menyebabkan penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini perlahan dibawah paras 1.25700 dan juga halangan MA50.

Penurunan harga dijangka akan menuju paras tumpuan 1.25000 sebelum cuba menembusi zon RBS tersebut.

Penurunan selanjutnya bakal menuju zon RBS 1.23600 jika US dolar kekal kukuh sementara Pound bergerak lemah dibelenggu ketidaktentuan rundingan Brexit serta jangkaan kadar faedah negatif oleh bank pusat England.

Jika sebaliknya, harga berkemungkinan kembali membuat kenaikan semula dan menuju zon resistance di paras 1.26600.

Melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru yang dijangkakan akan mencapai ketinggian pada zon resistance dalam julat harga 1.27500-1.28000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat