Berdepan Inflasi, Malaysia Salur Perbelanjaan Subsidi Sebanyak $18 Bilion

541

‘Banyak peruntukan subsidi yang diagihkan tu, harapnya tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.’

Kerajaan Malaysia dijangka mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM77.3 bilion atau $17.6 bilion dalam bentuk subsidi dan bantuan tunai lain tahun ini, jumlah terbesar dalam sejarah sejak penubuhan Tanah Melayu.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz dalam satu kenyataan rasmi kementerian bagi menyokong lonjakan harga yang berlaku dan mengawal inflasi.

Menurut beliau, sebanyak RM51  bilion bakal disalurkan dalam bentuk subsidi kepada bahan api, elektrik dan makanan terutamanya, memandangkan inflasi makanan tahun ini mencanak setinggi 5.2%.

Umumnya, inflasi makanan Malaysia kini mencapai paras tertingginya sejak November 2011 rentetan berlakunya masalah rantaian bekalan yang diapit dengan isu buruh dan kesan perang Rusia-Ukraine awal tahun ini.

Selain itu, indeks harga pengguna (CPI) bagi bulan Mei turut memperlihatkan lonjakan berbanding bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan pembahagian bantuan dana tunai sebanyak RM17.7 bilion dan agihan RM14.6 bilion bagi subsidi lain.

Sebagai rekod, Kementerian pada tempoh hari telah memberi penjelasan mengenai isu penarikan subsisi minyak masak yang mencetus panik dan amarah rakyat.

Terang berita dari Pejabat Perdana Menteri, subsidi minyak masak bagi paket masih kekal dan hanya subsidi minyak masak berbotol yang diperkenalkan semasa tempoh pandemik Covid-19 sahaja dimansuhkan.

Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa berlakunya kenaikan harga komoditi yang memberi kesan kepada kenaikan harga barangan termasuk perbelanjaan subsidi pada tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat