Berdepan Krisis Kewangan, Firma Pinjaman Kripto Hodlnaut Hentikan Sementara Pengeluaran

95

Hodlnaut Mencari Perlindungan Pemiutang Di Singapura

Pemberi pinjaman mata wang kripto Hodlnaut, baru-baru ini telah menghentikan pengeluaran dengan menfailkn permohonan di Singapura untuk meletakkannya di bawah satu bentuk perlindungan pemiutang.

Tindakan tersebut membolehkan pemberhentian sementara terhadap tuntutan undang-undang dan prosiding, dengan ini syarikat tersebut dapat memfokuskan rancangan pemulihannya.

Menurut Hodlnaut, mereka akan bekerjasama dengan peguam untuk menstabilkan keadaan kewangannya. Tambahnya lagi, walaupun berada dalam keadaan kewangan yang sukar, tidak semestinya semua asetnya hilang.

Firma Hodlnaut menyasarkan untuk mengelak daripada pembubaran aset secara paksa, yang akan menjadikan “suboptimal” iaitu bukan pada tahap yang terbaik disebabkan perlu menjual mata wang kripto pelanggannya pada harga rendah.

Selain itu, syarikat tersebut tidak menetapkan tarikh dalam memulakan semula pengeluaran serta cara penyelidikannya membolehkan pengguna memanfaatkan emergency exit liquidity. Akan tetapi, perkara tersebut perlu diluluskan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Hodlnaut merupakan syarikat kripto terbaru yang terjejas dalam sektor aset digital diikuti menyaksikan lonjakan leverage meletus dan menghapuskan AS$40 bilion ekosistem Terraform Labs serta stablecoin yang berkaitan.

Sehubungan itu, Holdnaut telah membenarkan pelabur mendapatkan faedah daripada mata wang kripto mereka dengan meminjamkan tokennya bermula 2019.

Difahamkan bahawa, firma tersebut mempunyai lebih daripada AS$100 juta dana pelanggan melalui lebih 1,000 pengguna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat