Berdesup Saham-Saham Bursa Tembus Langit Hujung Minggu Ini

287

Jangkaan pelabur bahawa Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memperlahankan kenaikan kadar berdasarkan bacaan inflasi lemah telah memacu pasaran tempatan lonjak ke paras 1,460.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 17.45 mata pada 1,467.19 sebelum naik 13.67 mata pada 1,463.41 berbanding penutupan Khmais pada 1,449.74.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 357 atasi kerugian pada 63, manakala 177 kaunter pula tidak berubah, 1,745 tidak didagangkan dan 30 digantung.

Jumlah perolehan pada 281.68 juta unit bernilai RM114.07 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, bacaan inflasi AS yang lemah dan mengembalikan keyakinan pelabur telah mendorong indeks tempatan tembusi paras penting 1,450 dan julat dagangan hari ini dijangka berada antara 1,450-1,460.

Selain itu, saham bertemakan teknologi dijangka menjadi pilihan berdasarkan prestasi cemerlang Nasdaq semalam.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Axiata Group Bhd naik 7 sen pada RM2.93, Digi.Com Bhd tambah 6 sen pada RM3.89, Maybank lonjak 2 sen pada RM8.66 dan Public Bank Bhd canak 2 sen pada RM4.45.

Saham aktif memperlihatkan XOX Bhd kekal pada 2 sen dan Advance Synergy Bhd mendatar pada 13 sen, Top Glove Corp Bhd naik 2.5 sen pada 91 sen, Artroniq Bhd capai 5 sen pada 62.5 sen dan Aimflex Bhd raih 0.5 sen pada 16 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas lonjak 105.03 mata pada 10,376.04, indeks FBM Emas Shariah canak 134.75 mata pada 10,458.64, FBM 70 tambah 158.00 mata pada 12,294.03, indeks FBMT 100 raih 102.72 mata pada 10,111.26 dan FBM ACE naik 101.76 mata pada 5,085.55.

Segi sektor, indeks pengangkutan serta logistik naik 10.39 mata pada 821.94, indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 1.30 mata pada 176.07, indeks Perladangan canak 29.05 mata pada 6,860.43, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 93.53 mata pada 16,420.36 dan indeks Tenaga raih 5.73 mata pada 716.29.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat