Bergegar Carta EUR/USD Ketika Data Inflasi AS Diterbitkan Semalam

135

Seperti pasaran jangkaan, setelah ‘lemau’ sejak awal minggu akhirnya pergerakan harga rancak pada sesi New York semalam dengan reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Bacaan tahunan data indeks harga pengguna (CPI) AS untuk Disember menepati ramalan untuk turun ke paras 6.5% selepas paras 7.1% dicatatkan sebelum ini.

Ini menunjukkan penurunan inflasi AS untuk 6 bulan berturut-turut memperlihatkan kesan pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) tahun lalu.

Apa terjadi pada US dolar selepas data CPI diterbitkan?

Pergerakan US dolar drastik menyaksikan turun naik nilai dalam julat yang besar, namun akhirnya menutup dagangan di penghujung sesi New York dengan lemah semula.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pelabur menilai isyarat pergerakan trend bullish yang lebih jelas selepas US dolar sambung susut menuju pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Namun ketika data diterbitkan, harga dilihat melonjak melepasi 1.08000, kemudian menjunam sebentar dengan paras terendah harian dicatatkan sekitar 1.07300.

Menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu kemudiannya menyaksikan harga melonjak kembali sehingga mencapai paras ketinggian terbaru 9 bulan pada 1.08670 selepas kenaikan sekitar 140 pips.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan di penghujung minggu ini untuk mencapai pula zon tumpuan 1.09000.

Jika berjaya meneruskan pendakian lebih tinggi, harga berpotensi menuju sehingga paras 1.1000.

Namun jika membuat penurunan semula pada penutup dagangan penghujung minggu ini, harga yang susut semula di bawah paras 1.08000 akan diperhatikan sama ada menembusi paras sokongan MA50 atau sebaliknya.

Jika tembus lebih rendah, harga bakal menuju semula ke zon RBS (resistance become support) pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat