Bergerak Mendatar, EUR/USD Bakal Melonjak Atau Menjunam Semula?

452

Tumpuan pada awal pagi Khamis terarah pada minit mesyuarat FOMC yang dinantikan pelabur sejak awal minggu. Tiada impak ketara terhadap pergerakan harga dalam pasaran susulan laporan minit diterbitkan, namun dagangan dolar USD kekal bergerak lemah.

Federal Reserve memberi isyarat bahawa pelonggaran dasar akan dihentikan berikutan dasar semasa dipercayai akan kembali menyokong semula ekonomi Amerika Syarikat di samping jangkaan inflasi akan meningkat.

Sementara itu, ketidakpastian pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China kekal meningkatkan kebimbangan para pelabur.

Suasana kebimbangan yang berlegar dalam pasaran mendorong dagangan safe-haven untuk mengukuh sementara dagangan dolar USD berada dalam kelompok dagangan berisiko.

Beberapa petunjuk didapati oleh para penganalisis yang menjurus ke arah situasi kegagalan bagi kedua-dua ekonomi gergasi dunia itu untuk mencapai perjanjian.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga bergerak mendatar dalam julat sekitar 30 pips sejak Selasa lalu.

Harga bergerak mendatar pada zon SBR (support become resistance) sekitar paras 1.10800 dan 1.10700 sehingga setakat sesi Asia pagi ini.

Harga juga dilihat menguji garisan Moving Average 50 (MA50) sebelum menunjukkan arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Jika sentimen kekal berisiko, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dijangka menuju zon SBR pada 1.11400.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menguji pula paras resistance di bawah paras 1.11800 di mana paras ketinggian tersebut telah diuji sejak dagangan Oktober lalu.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, destinasi utama yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada support sekitar 1.10000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat