Berita Baik! Bitcoin Kembali Bersinar Bakal Menuju $50,000

2,264

Episod lautan merah membadai pasaran matawang kripto yang telah mengalami kejatuhan melebihi 50% pada pembukaan pasaran minggu ini mula menunjukkan tanda peningkatan menjelang penutup pasaran minggu ini.

Hal ini disebabkan ketika penurunan Bitcoin (BTC), terdapat beberapa syarikat terkemuka seperti MicroStrategy mengambil peluang untuk menambahkan pegangan Bitcoin. Tidak ketinggalan juga pengasas TRON juga ada membuat ciapan di Twitter yang menyatakan bahawa beliau telah membeli Bitcoin sebanyak $152,818,183 disaat kejatuhan tersebut.

Dapat dilihat pada carta pergerakan harga BTC/USDT, ‘ibu’ kepada segala matawang kripto sudah mula kembali membuat peningkatan dan telah berjaya melonjak ke paras harga melebihi $40,000.

Lonjakan harga Bitcoin sebanyak 40% daripada paras terendah yang telah dicatatkan turut mendorong kebanyakan kripto lain untuk turut sama menunjukkan peningkatan dan memberikan sedikit kelegaan kepada para pelabur kripto.

Jika pergerakan harga BTC terus mengekalkan rentak kenaikan, paras harga pada zon SBR (support become resistance) sekitar $50,000 bakal diuji dan menjadi tumpuan utama sebagai petanda untuk perubahan trend.

Namun jika corak penurunan terus dikekalkan, zon RBS $40,000 – $38,000 bakal diuji semula dan akan menguatkan lagi jangkaan untuk harga meneruskan penurunan dan mengekalkan trend bearish.

Setakat pergerakan harga pada pagi ini sekitar jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga Bitcoin masih lagi bergerak mendatar di paras sekitar $40,000 – $41,000.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat