Berita Baik Buat US Dollar Dan Jumaat Ditunggu-tunggu

28

Matawang Greenback didagangkan ke paras tertinggi sejak 3 minggi melawan matawang lain berikutan data pekerjaan bagi sektor swasta positif.

Indeks US Dollar sebagai penunjuk kekuatan USD naik sebanyak 0.15% ke paras 96.19, tertinggi sejak 9 Ogos.

Sektor swasta Amerika syarikat telah menambah sebanyak 177,000 pekerjaan menurut ADP berbanding jangkaan sebanyak 175,000.

Indeks US Dollar 15 minit
Indeks US Dollar 15 minit

Laporan yang paling dinantikan pada minggu ini adalah NFP pada jumaat nanti dan Naib Pengerusi Fed Stanley Fischer memberitahu pasaran burun dilihat kuat dan kenaikan interest rate mungkin akan berlaku dalam tempoh terdekat.

US Dollar menguat sejak jumaat lalu berikutan ucapan demi ucapan yang positif dikeluarkan oleh Fed.

Kali terakhir interest rate dinaikkan adalah pada Disember dan jangkaan kenaikan interest rate akan menarik lebih ramai pelabur.

EUR/USD didagangkan di paras 2 minggu terendah iaitu pada harga 1.1129 dengan penurunan sebanyak 0.13%.

Data inflasi yang lemah memberi tekanan kepada European Central Bank untuk menambah pendekatan pelonggaran pada mesyuarat dasar akan datang.

USD juga menguat melawan matawang Yen. USD/JPY naik sebanyak 0.38% ke paras 103.35.

Manakala berbeza buat GBP, menguat ke paras 1.3109 dengan kenaikan sebanyak 0.23%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat