Berita Baik! Inflasi Eropah Berkurangan Pada Jun – Pengurangan Kadar Oleh ECB Jadi Tumpuan?

130

Inflasi di zon Eropah yang terdiri daripada 20 negara menurun sedikit ke 2.5% pada bulan Jun, namun masih kekal di atas paras yang disasarkan oleh Bank Pusat Eropah. Dalam masa yang sama ECB dilihat tidak tergesa-gesa untuk menambah lebih banyak pengurangan kadar selepas pengurangan awal yang berhati-hati dalam kadar rujukannya.

Angka yang dikeluarkan pada hari Selasa adalah penurunan daripada 2.6% pada bulan Mei, ia adalah suatu berita baik kerana inflasi terus menurun dari puncaknya sebanyak 10.6% yang merampas kuasa beli pengguna dan menghambat ekonomi Eropah.

Waima begitu, petunjuk utama pada hari Selasa kekal pada tahap yang menunjukkan inflasi mungkin kekal antara 2% dan 3% untuk seketika. Inflasi dalam harga perkhidmatan kekal pada 4.1%, tidak berubah daripada bulan sebelumnya.

Kewaspadaan ECB adalah dalam memastikan inflasi terkawal ketika Rizab Persekutuan A.S. menangguhkan pengurangan kadar dari paras tinggi semasa. Kadar tinggi bertujuan untuk mengurangkan inflasi dengan menjadikan pinjaman wang untuk membeli barang atau melabur dalam peralatan kilang baru lebih mahal. Ini melegakan tekanan terhadap harga tetapi juga boleh menekan pertumbuhan. Atas dasar itu keseimbangan yang cuba dicapai oleh ECB dan Fed: memastikan inflasi terkawal tanpa mendorong ekonomi mereka ke dalam kemelesetan.

Presiden ECB Christine Lagarde berkata dalam satu ucapan pada hari Isnin bahawa bank perlu terlebih dahulu memastikan inflasi terkawal sebelum mengurangkan kadar utama sekali lagi selepas pengurangan suku mata pertama pada mesyuarat 6 Jun kepada kadar semasa 3.75%.

Lagarde menyifatkan pengurangan kadar pertama pada bulan Jun sebagai hanya “mengurangkan tahap sekatan” ke atas ekonomi dan bukan sebagai permulaan siri pengurangan yang pantas. Beliau berkata keputusan akan berdasarkan data yang masuk pada setiap mesyuarat.

Penganalisis berpandangan tiada pengurangan yang dijangka pada mesyuarat bank pada 18 Julai, bermakna perbincangan mengenai kadar masih tertumpu pada mesyuarat bank pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat