Berita Baik! UK dan EU Capai Perjanjian Kastam Pasca-Brexit

145

Tinggal satu langkah lagi untuk menyelesaikan pertikaian mengenai Protokol Ireland Utara selepas UK dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan mengenai kastam pada Selasa.

Menurut laporan The Times, EU telah menerima cadangan yang akan mengelakkan pemeriksaan rutin ke atas barangan yang masuk ke Ireland Utara.

Sebahagian besar daripada perjanjian kastam dikatakan adalah berdasar cadangan kerajaan UK untuk sistem lorong merah dan hijau.

Lorong merah adalah untuk menyemak dan mengawal produk yang masuk ke Republik Ireland dan seluruh EU, manakala lorong hijau untuk barangan dari Britain yang tinggal di rantau ini.

Perjanjian berasingan akan dirundingkan mengenai eksport daging dan haiwan hidup ke Ireland Utara, dengan UK bersetuju untuk mengekalkan piawaian veterinar EU tentang barangan yang masuk ke wilayah itu.

Selain itu, blok itu turut bersetuju bahawa Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) boleh membuat keputusan dalam isu Ireland Utara hanya jika kes dirujuk oleh mahkamah di wilayah itu.

EU dan UK telah bergelut untuk menyelesaikan perjanjian dagang pasca-Brexit mereka sejak Britain meninggalkan blok itu pada 2020. 

Perkembangan terbaharu ini secara tidak langsung mengangkat harapan bahawa pertikaian antara kedua-dua pihak akan menemui penamatnya tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat