Pandangan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Hadapan (31 Okt – 4 Nov)

81

Minggu lepas menunjukkan data KDNK (GDP) United State pada suku ketiga yang meningkat 2.9% merupakan kenaikan tertinggi sejak dua tahun ini. Pun begitu, US dollar kelihatan sukar untuk meneruskan momentum kenaikan selepas laporan berita pembukaan semula kes e-mel Hillary Clinton Jumaat lepas.  Minggu ini akan menjadi minggu yang sibuk bagi pemain pasaran dengan data-data high impact(impak tinggi). Antaranya ialah :-

  • Data Manufacturing PMI, China. Data ini adalah hasil daripada tinjauan yang diambil dari 3000 purchasing manager tentang keadaan perniagaan dalam syarikat mereka yang melibatkan pekerjaan, tempahan baru, harga, penghantaran dan inventori. Data di atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dan sebaliknya di bawah 50. Australia dijangka akan terkesan dengan sebarang data yang dikeluarkan oleh China kerana Australia pengeksport terbesar copper (kuprum) negara itu. Data positif akan menguatkan Dollar Australia dan begitu juga sebaliknya.
  • Kadar Faedah Australia: 11.30 Pagi, Selasa. Bank Pusat Australia (RBA) mengekalkan kadarnya 1.50% pada mesyuarat Oktober. Dengan jangkaan pasaran buruh yang semakin baik dan juga data inflasi yang bagus baru-baru ini, pengekalan kadar pada 1.50% itu menepati ramalan RBA. Namun, penganalisis menjangka akan ada satu lagi pemotongan tahun ini.
  • Kadar Fedah Jepun: 11.30-1.00, Selasa. Bank of Japan (BoJ) mengekalkan kadar pada mesyuarat September dan memperkenalkan sedikit perubahan polisi untuk menaikkan inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Dengan data inflasi yang semakin baik, penganalisis menjangkakan kadar akan dikekalkan pada -0.10%.
  • KDNK Kanada (GDP): 8.30 mlm, Selasa. Penganalisis menjangkakan KDNK akan naik 0.20%. Hal ini disokong oleh data-data positif sejak akhir-akhir ini.
  • Data Manufacturing PMI, US: 10 mlm, Selasa. Data ini adalah hasil daripada tinjauan yang diambil dari 3000 purchasing manager tentang keadaan perniagaan dalam syarikat mereka yang melibatkan pekerjaan, tempahan baru, harga, penghantaran dan inventori. Data di atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dan sebaliknya di bawah 50. Penganalisis menjangkakan indeks pada 51.8.
  • Data GDT price indeks (Indeks harga GDT) New Zealand: 9.45 mlm, Selasa. Indeks harga GDT adalah indeks harga bagi produk berasaskan susu. Seperti kita tahu New Zealand adalah pengeluar produk berasaskan susu terbesar dunia. Oleh itu, data ini mampu memberi impak yang besar kepada matawang Kiwi. Sebarang data yang lebih tinggi daripada jangkaan akan menguatkan matawang Kiwi. Beri tumpuan juga kepada data pekerjaan pada Rabu 5.45 pagi.
  • Data ADP Non-Farm employment change US: 8.15, Rabu. Jangkaan penganalisis data akan meningkat kepada 166,000 dari 154,000. Jika data dikeluarkan lebih baik dari jangkaan, akan menyebabkan US dollar menguat.
  • Penetapan kadar FOMC: 2.00 pagi, Khamis. The fed (Bank Pusat US) mengekalkan kadar pada September lepas walaupun data pertumbuhan adalah baik. The fed mengatakan masih menunggu lebih banyak data untuk menaikkan kadar. Namun, penganalisis menjangka tiada perubahan kadar pada Khamis ini kerana The Fed dikatakan tidak mahu mengganggu pasaran dengan undian presiden yang akan berlangsung minggu depan 8 November.
  • Penetapan kadar UK: 8.00 mlm, Khamis. Bank of England menurunkan kadarnya pada Jun lepas kepada 0.25% dan mengekalkan kadar ini pada mesyuarat September. Namun, pihak bank pusat mengatakan akan ada pemotongan lagi pada masa hadapan dan penganalisis menjangkakan tiada potongan kadar pada mesyuarat kali ini.
  • Data PMI non-manufacturing US (bukan pembuatan): 10 mlm, Khamis. Data ini adalah hasil daripada tinjauan yang diambil dari 3000 purchasing manager dalam syarikat bukan pembuatan tentang keadaan perniagaan dalam syarikat mereka yang melibatkan pekerjaan, tempahan baru, harga, penghantaran dan inventori. Data dia atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dan sebaliknya di bawah 50.
  • Data pekerjaan Kanada (Canadian employment data): Jumaat, 8.30 mlm. Data dijangka akan menyusut sebanyak 10,000 pekerjaan. Pada September lepas, data mencatatakan peningkatan sebanyak 67,000 orang. Kadar pengangguran dijangka tidak berubah pada 7.00%
  • Data NFP US. Data ini menunjukkan perubahan bilangan pekerjaan dalam sektor bukan lading seperti perbankan dan pembuatan. Penganalisis menjangkakan data akan meningkat sebanyak 175,000 berbanding 156,000 yang dicatatkan pada bulan sebelum. Ambik perhatian juga kepada data Average hourly earnings (purata gaji per-jam) dan kadar pengangguran. Kerana data ini juga mampu memberi impak yang signifikan kepada pasaran.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat