Berita Kurang Baik Dari China, Bantut Kenaikan Harga Minyak

276

Dagangan minyak mentah kekal kukuh walaupun sedikit susut ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah diniagakan meningkat pada $84.56 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula didagangkan stabil pada $82 setong.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah kini berada di landasan untuk mencatat peningkatan mingguan keempat berturut-turut.

Berita terbaru dari tembok besar China sedikit menggoyahkan dagangan minyak mentah, selain turut terkesan dengan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur menjelang hujung minggu.

Pengguna minyak kedua terbesar di dunia, China telah menggantung beberapa penerbangan antarabangsa dan meningkatkan usaha untuk mengekang penularan Covid-19 di Tianjin dan Dalian.

Banyak bandar, termasuk Beijing, juga mengarahkan orang ramai untuk mengurangkan pergerakan pada cuti perayaan Tahun Baru Cina yang boleh membantutkan permintaan terhadap bahan bakar.

Namun, dagangan minyak kekal kukuh meskipun sedikit susut ekoran faktor-faktor ini, menyaksikan kedua-dua penanda aras didagangkan di paras tertinggi hampir dua bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat