Berita Niaga Global Dan Lokal Pada Hari Isnin

71

Berita Niaga Global

CVS Health Corp merencanakan untuk beli syarikat Aetna sebanyak $69 billion. Gabungan dua syarikat gergasi itu akan membolehkan pelanggan mendapat banyak manfaat dari insuran sehinggalah kepada kedai ubat.

CVS akan membayar $207 setiap saham untuk Aetna, dengan US$145 setiap saham dalam bentuk tunai dan sisanya dalam saham.

Dalam sebuah temu bual bersama, Chief Executive Officer CVS Larry Merlo dan CEO Aetna Mark Bertolini mengatakan bahwa gabungan kedua syarikat akan membantu CVS memperluaskan perkhidmatan mereka dari bersifat runcit, dari perawatan mata, sehinggalah hal lain dengan lebih murah dan mudah.

……

China menguji cuba bas panduan automatik Alphaba di jalan raya Shenzhen, Guangdong pada hari Sabtu. Percubaan pertama yang dilakukan dalam dunia secara live.

Bas itu menyerupai bas biasa yang diguna pakai cuma ia tidak memliki pemandu untuk mengawal. Bas tersebut telah diprogramkan untuk menghindari penjalan kaki, mempecepat dan meperlahankan kelajuan, berhenti kecemasan, menukar jalan dan termasuk memberi reaksi terhadap lampu isyarat.

Bas tersebut dapat menampung 19 penumpang. Menurut Liu Xianglong, yang merupakan salah seorang penumpang memberi komentar bahawa bas tersebut stabil dan berhenti tepat pada setiap stesyen.

Bas tersebut telah diuji coba sepanjang 8000km di daerah tersebut.

Berita Niaga Lokal

Lembaga Tabung Haji (TH) menandatangi perjanjian jual beli hartanah RM135 juta dengan Bangi Gateway Medical Sdn Bhd.

Jumlah RM135 juta dibelanjakan bagi membeli Hospital Pakar An-Nur Hasanah (HPAN) di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, di kawasan seluas 0.924 hektar.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata inisiatif TH itu diharap dapat menyumbang pada peningkatan dan kemajuan industri perkhidmatan perubatan negara.

Kini TH telah memiliki 3 bangunan hospital termasuk HPAN yang baru dibeli tersebut.

……

Malaysia bersetuju untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun 2018 bagi mendukung usaha OPEC dan Non-Opec untuk mengurangkan bekalan minyak global.

OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018 telah bersetuju untuk memperpanjangkan lagi tempoh pemotongan sehingga akhir tahun hadapan.

Perjumpaan pada Khamis lepas di Vienna juga memberi indikasi, jika harga naik terlalu tinggi, perjanjian tersebut mungkin akan dibatalkan.

Malaysia, melalui syarikat Petroliam Nasional Berhad telah mengumumkan pada tahun lepas bahawa mereka akan memotong minyak sebanyak 20,000 ribu tong setiap hari sebagai usaha dan komitmen Malaysia terhadap perjanjian tersebut.

Malaysia tidak berharap harga mencapai $100 atau lebih setong seperti dahulu.

….

Ideks Harga Pengguna Malaysia (IHP) yang mengukur inflasi, meningkat 3.7 peratus tahun ke tahun kepada 120.0 pada Oktober 2017 daripada 115.7 sebelumnya.

Antara faktor yang mendorong peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan makanan dan minuman bukan alkohol, restoran dan hotel, kesihatan, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, dan permuhan, air, elektrik,gas dan han api lain.

Sementara itu, harga purata satu liter petrol RON95 meningkat kepada RM2.18 pada Oktober 2017 berbanding RM1.80 pada Oktober 2016.

Bagi RON97, harga purata meningkat kepada RM2.48 pada Oktober 2017 berbanding RM2.15 pada bulan sama tahun lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat