Berkat Kelemahan USD, Emas Kembali Menyinar

724

Logam berharga emas mendaki ke paras ketinggian satu minggu pada hari Selasa, disokong oleh US dolar yang terus lemah.

Harga emas kembali meningkat di atas paras harga $1,800 dan didagangkan mengukuh pada $1,812 per auns ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah.

Dolar greenback susut ke paras terendah satu bulan berbanding kebanyakan matawang utama, dengan indeks dolar didagangkan lemah pada 90.02.

Logam kuning emas pulih dari tahap terendah 7 bulan selepas penurunan 2.2% minggu lalu ketika pelabur memberi tumpuan kepada keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell.

Laporan separuh tahunan Powell di hadapan Jawatankuasa Senat AS pada hari Selasa, dan keesokan harinya di hadapan panel Perkhidmatan Kewangan menjadi tumpuan utama pasaran untuk mendapatkan petunjuk mengenai dasar selanjutnya dan penilaiannya terhadap pemulihan.

Sementara itu, Jawatankuasa Belanjawan Dewan Perwakilan Rakyat dilaporkan telah mengemukakan undang-undang rangsangan bernilai $1.9 trilion, dan ia dijangka akan diluluskan pada akhir minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat