Bermandi Darah! Kripto Hilang $100 Bilion Dalam Masa Sehari Je!

607

Pasaran mata wang kripto buat masa ini ‘bermandi darah’ dengan mengalami kejatuhan drastik susulan kejadian tragis yang disebabkan krisis syarikat exchanger kripto FTX.

Malah, masalah kecairan FTX telah mengakibatkan laman web Alameda Research yang diasas oleh Sam Bankman-Fried menjadi gelap dengan Binance merancang untuk membeli syarikat tersebut turut menjadi penyebabnya.

Rentetan itu, pasaran kripto berkemungkinan besar akan mengalami kejatuhan lebih mendalam jika isu mengenai kecairan FTX tidak diselesaikan secepat mungkin.

Pengawalseliaan yang lebih ketat dan pertambahan masalah undang-undang berkaitan aset digital juga mengakibatkan pasaran kripto perlu menempuhi pelbagai rintangan agar harganya dapat melonjak kembali.

Sementara itu, Binance yang mengeluarkan kenyataan akan membeli FTX telah menyebabkan harga kripto menjunam secara drastik dan pasaran melihatkan sejumlah kerugian besar dalam tempoh 24 jam lalu. Namun, laporan terbaru menunjukkan Binance membatalkan hasrat tersebut setelah meneliti kewangan syarikat FTX yang bermasalah.

Bahkan, kesan penurunan harga telah menghapuskan lebih $100 bilion nilai daripada aset digital tersebut manakala modal pasaran kini susut kepada $832 bilion berbanding 24 jam lalu pada $935 bilion.

Diperjelaskan lagi bahawa tindakan Binance yang berhasrat untuk tidak meneruskan pembelian FTX adalah disebabkan laporan kewangan FTX tidak memberangsangkan dan ini dilihat kesukaran untuk FTX diselamatkan.

FTX dijangkakan akan mengalami kejatuhan teruk termasuklah ekosistem kripto menerima tempias jika Binance menetapkan pendiriannya untuk tidak membeli syarikat tersebut.

Setakat penulisan ini, Solana (SOL) merupakan kripto yang memberi reaksi penurunan paling ketara dengan dagangan pada paras $13.79 dalam tempoh 24 jam lalu sementara token FTT pada $1.91.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat