Bermula Dengan Berhati-hati, EUR/USD Berlegar Di Zon $0.9800

200

Pergerakan pasaran kewangan di awal minggu ini yang memulakan dagangan Oktober dilihat masih suram dengan sentimen pasaran yang masih tak menentu.

US dolar masih lagi dibayangi situasi penyusutan nilai yang berlaku pada minggu lalu ketika menutup dagangan suku ketiga di penghujung September.

Data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang diterbitkan pada sesi New York semalam memaparkan bacaan yang menurun pada bulan September lebih rendah berbanding angka ramalan dan bacaan terdahulu.

Ini dilihat akan terus memberi ruang untuk mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk mengukuh dengan tekanan yang semakin kendur oleh US dolar.

Seperti Euro, walaupun krisis ekonomi Eropah masih berisiko namun Euro berjaya bertahan daripada mengalami kejatuhan di permulaan dagangan minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, selepas memaparkan corak kenaikan harga semula minggu lalu, harga mendatar di zon 0.98000 pada Isnin semalam.

Paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut masih menyokong harga untuk meneruskan corak kenaikan sebelum ini.

Sekiranya harga berjaya menyambung kenaikan lebih tinggi hari ini, rintangan pada 0.99000 akan menjadi tumpuan awal yang bakal diuji selepas kali terakhir harga menguji paras tersebut pada 22 September lalu.

Kenaikan yang masih berjaya diteruskan melepasi rintangan tersebut seterusnya dilihat akan menuju zon pariti 1.0000 setelah beberapa minggu harga susut di bawah zon tersebut.

Namun jika harga gagal mengekalkan corak kenaikan harga, penurunan di bawah zon 0.98000 dan melepasi paras sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan bakal dilanjutkan menuju ke sekitar 0.97000 sebelum zon support utama pada 0.95000 menanti untuk dicecah harga semula.

Zon tersebut telah menjadi zon terendah yang dicatatkan harga untuk tempoh dagangan 20 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat