Bermula Sebagai Staf McDonald, CEO Binance Kini Orang Terkaya Asia!

10,954

Berdasarkan rekod Bloomberg Billionaires Index, CEO Binance, Changpeng Zhao (dikenali juga sebagai ‘CZ’) dinobatkan sebagai individu terkaya di Asia dengan nilai kekayaan berjumlah $96 bilion, tanpa merangkumi aset kriptonya.

CZ yang berusia 44 tahun kini berada di kedudukan ke-11 daripada 500 orang terkaya seluruh dunia, menjadikan Mark Zuckerberg dan Larry Page sebagai pesaingnya.

Buat masa sekarang, CEO Tesla, Elon Musk masih lagi mengetuai senarai jutawan dunia dengan anggaran kekayaan bernilai $263 bilion.

Perjalanan Zhao sebelum menjadi salah seorang jutawan dunia sangat panjang kerana figura itu bermula dengan kerjaya di McDonald yang kemudiannya membuka platform bursa kripto terbesar dunia, Binance.

Tidak dinafikan, kejayaan Binance menyumbang kepada kekayaan CZ. Malah, usahanya untuk menjadikan Binance sah diterima dan beroperasi di beberapa buah negara menyemarakkan lagi perhatian pelabur kripto seluruh dunia.

Terbaru, Binance telah membeli penyedia perkhidmatan Visa, Swipe. Syarikat ini telah beroperasi di lebih 70 negara seluruh dunia.

Pada masa yang sama, Binance juga telah melancarkan dana inisiatif bernilai $1 bilion untuk pertumbuhan ekosistem Binance Smart Chain (BSC).

CZ ada memuatnaik satu twit yang berbunyi, “Jangan risaukan perihal status kedudukan. Fokus seberapa banyak anda boleh bantu.” dan yang terbaru, “Tidak perlu ada ranking kekayaan tetapi perlu ada ranking amal kebajikan dan sumbangan.”

Mungkin selepas ini anda akan dengar, “Bermula sebagai pembaca Intraday, kini jutawan kripto!” Siapa tahu kan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat