Bernyawa Lagi! Ini Maklumat Terkini Mengenai Syarikat Telefon ‘33 Sekupang’

3,790

‘Perghh, mengimbau kenangan betul telefon 3310 super kebal ni dengan bateri yang tahan berminggu.’

Syarikat telefon dari Finland, Nokia Oyj mencatat laporan pendapatan korporat suku ke-3 (Q3) yang gagal mengatasi unjuran pasaran, seterusnya menyebabkan sahamnya susut.

Meneliti laporan syarikat, keuntungan operasinya meningkat 3.9% dari tempoh sama suku lalu pada $643 juta namun gagal mencapai unjuran yang ditetapkan pasaran pada $687 juta.

Ekoran daripada itu, saham syarikat menyusut 5% ketika dagangannya di bursa Helsinki, Finland.

Turut digariskan, penangguhan perjanjian paten dan pelesenan bersama syarikat pembuat headphone Vivo Communication Technology Co Ltd dan Guangdong Oppo Mobile Telecommunications Corp Ltd telah menjadi punca penyusutan keuntungan.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pekka Lundmark bahawa syarikat tidak menyesali penangguhan tersebut kerana mereka mahukan keputusan terbaik dalam memastikan porfolio Nokia kekal utuh.

Sungguhpun begitu, hasil syarikat dilihat agak baik dengan terdapat pertumbuhan permintaan terhadap produk telefon dan infrastruktur rangkaian 5G dari India.

Selain itu, penjualan syarikat turut meningkat sebanyak 6% pada $6.1 bilion berbanding unjuran pasaran $5.9 bilion.

Setakat penulisan ini, saham Nokia dilihat susut 2.86% pada $4.17 dengan permodalan pasaran sebanyak $23 blion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat