Berpotensi Naik Lagi! Kenapa Litecoin Meletop Ke $94?

309

“Adakah harga LTC sekarang sasar nak tembus $100 pula?”

Setelah sekian lama berlegar di bawah $80, mata wang kripto Litecoin (LTC) akhirnya berjaya melepasi lebih $94 apabila terdapat sentimen positif yang mengatakan bahawa acara halving bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Sebagai protokol Proof-of-Work (PoW), LTC turut menjalani halving setiap empat tahun sama seperti Bitcoin (BTC), oleh itu komunti aset digital tersebut menjangkakan acara itu akan berlaku dalam tempoh 74 hari lagi.

Ekoran acara halving berikut, para pelabur semakin teruja dan optimis harga LTC mampu melonjak lebih tinggi dalam jangka panjang.

Pun begitu, harga LTC juga berupaya menggunung dalam jangka pendek susulan prestasinya yang memberangsangkan sejak penubuhannya, di mana ia bukan sahaja berfungsi sebagai token pembayaran malah tidak alami sebarang bentuk gangguan berbanding protokol lain.

Selain itu, aset digital tersebut turut berhasrat melaksanakan piawaian LTC-20 sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mempamerkan utiliti serupa seperti BTC yang sejak kebelakangan ini semakin popular.

Suka dimaklumkan bahawa acara halving tersebut yang akan memperkenalkan unsur scarcity* pada protokol adalah perkara paling penting untuk harga LTC memuncak susulan banyak pelabur mungkin ambil peluangnya untuk beli aset digital itu.

*Aset digital boleh dikodkan untuk mempunyai bekalan terhad yang tidak berubah (kekal)

Walaupun pasaran kripto masih berada dalam pergerakan bearish, setiap aset digital bersama kumpulan pembangunnya tetap bersungguh-sungguh mengembangkan ekosistemnya supaya harga dapat naik dalam jangka pendek mahupun panjang.

Setakat penulisan ini, harga LTC menjunam sebanyak 1.45% pada paras $90 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $6 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan sekitar 6.49% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat