Bersedia Pelabur Semua! Bitcoin Mungkin Akan Susut Lagi Sekali

895

Kebangkitan semula Bitcoin (BTC) melepasi paras $18,000 mengembalikan keyakinan bahawa para pelabur berminat untuk membeli ketika berlaku penyusutan aset Satoshi Nakamoto.

Kemungkinan besar BTC sekali lagi akan jatuh, mencadangkan penyusutan tahap terendah pada $17,650 berdasarkan tiga faktor ini:

Deposit Pemilik Besar BTC (Whales) Mencecah Kemuncaknya

Pada awal minggu ini indikator All Exchanges Inflow Mean mencecah paras tertinggi.

Kebiasaannya whales membawa risiko kepada prestasi jangka pendek Bitcoin kerana mereka bebas untuk meletakkan tekanan penjualan yang besar dalam jangka waktu pendek.

Kadar whales yang sedikit menjual aset itu akan membawa lonjakan kepada BTC.

CEO CryptoQuant, Ki Young Ju menjelaskan BTC berpotensi untuk jatuh ke paras yang lebih rendah dan ketika ini pembelian aset itu akan membawa keuntungan lumayan. Ki turut mencadangkan harga BTC mungkin mencecah $20K pada hujung tahun ini atau awal 2021.

Harga Bitcoin Melonjak Pantas

Pembelian BTC dilihat meningkat, membawa harga Bitcoin melonjak kepada 20-day Moving Average (MA).

Pada awalnya, BTC berada di $18,000 sebagai paras sokongan sebelum maju kepada $18,2600 dan berlaku penarikan semula kepada julat $18,500. BTC terus menguat tanpa pembetulan utama menunjukkan pasaran masih bertahan dan bullish.

Julat Dagangan BTC Meningkat

Penganalisis di Santiment menjelaskan jumlah Bitcoin meningkat selepas penarikan semula baru-baru ini. Apabila Bitcoin pulih dengan peningkatan jumlah yang ketara menunjukkan pertumbuhan keyakinan dalam kalangan pelabur dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat