Bersediakah Dunia, Cip Neuralink Ditanam Pada Otak Manusia Tahun Depan!

236

‘Nampak sangat Tesla dianaktirikan Elon Musk, Neuralink dan Twitter je yg dapat perhatian.’

Dalam kesibukannya di Twitter, Elon Musk tidak melupakan impian cip otak milik syarikat Neuralink dengan mengatakan ujian klinikal terhadap manusia akan bermula 6 bulan dari sekarang.

Pendedahan itu dibuat Musk pada kemas kini terbaru syarikat sambil meletakkan unjuran tersebut selepas bertahun-tahun menghantar kertas kerja kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rancangan asal untuk ujian klinikal manusia Neuralink dijadualkan bermula pada 31 Oktober tahun ini tetapi ditangguhkan Musk sendiri tanpa mengeluarkan sebarang sebab.

Setakat ini ujian klinikal cip otak Neuralink hanya dilakukan terhadap haiwan, terutamanya monyet seperti dalam pembentangan awamnya beberapa tahun lalu.

Bagi yang tidak tahu, Musk melancarkan impian cip otak Neuralink pada 2016 dengan harapan untuk membolehkan otak manusia mengawal peranti elektrik dan merangsang funsi motor otak pada pesakit Parkinson, dementia dan Alzheimer.

Ia diharapkan dapat memulihkan pesakit yang lumpuh untuk bergerak dan berkomunikasi semula.

Mudah kata Musk mahu menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan otak manusia seperti dalam filem sci-fi.

Namun, projek Neuralink sudah beberapa kali melewati garis masa yang ditetapkan kerana beberapa faktor seperti tahap keselamatan ujian manusia, selain masalah pekerja syarikat yang gagal tepati tarik akhir FDA.

Setakat ini pihak FDA tidak mengeluarkan sebarang kelulusan mahupun kenyataan rasmi berkenaan rancangan ujian klinikal manusia Neuralink itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat