Bersedialah Malaysia Dengan 10,000 Kes Aktif Menjelang November Ini!

632

Serangan wabak koronavirus di Malaysia semakin membimbangkan dengan kadar kes harian meningkat tinggi sekitar 600 hingga lebih 800, menandakan negara ini memasuki fasa kritikal pembendungan COVID-19.

Setakat laporan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, kes terbaharu melonjak kepada 847, menjadikan kes aktif sebanyak 8,183 dengan 204 jumlah kematian dan kes sembuh dengan rekod baru, 486.

Pakar kesihatan awam, Dr Safiya Amaran dari Universiti Zainal Abidin bersama sekumpulan ahli akademik dan pakar permodelan Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Shuhaimi Mansor, menjangkakan pada 4 November nanti kes aktif akan mencecah rekod melepasi angka 10,000, boleh mencapai maksimum sehingga 14,000 hingga 15,000 kes.

Jelasnya lagi, kes COVID-19 akan memuncak selama beberapa minggu bermula 4 November dan akan turun pada minggu berikutnya sehingga 23 Disember sebelum mendatar sepenuhnya pada Mac tahun hadapan.

Jika benar jangkaan tersebut, berdasarkan rekod kes aktif pada 22 Oktober, hampir 2,000 kes lagi untuk melengkapkan angka 10,000 tersebut.

Justeru, tempoh dua minggu sebelum November merupakan saat getir bagi menentukan nasib seluruh penduduk Malaysia, dengan harapan berlaku penurunan kes yang berterusan.

Jumlah kes baru, kluster dan kes jangkitan sporadik akan menjadi penentu tindakan seterusnya. Andai kata kes jangkitan tidak menyaksikan sebarang penurunan, Dr Safiya Amaran berkata wajar untuk melanjutkan atau mengenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selangor menjadi titik sifar kerana wujud kecenderungan penularan kes sporadik yang membimbangkan, kes indeks yang tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit lain. Sama Sabah, yang mana 90% kes aktifnya adalah penularan dalam kalangan masyarakat.

Paling teruk senario terburuk yang terpaksa dihadapi Malaysia sama seperti situasi di Sabah, di mana jumlah kes aktif lebih tinggi berbanding kes sembuh. Keadaan ini mampu menyebabkan kegalauan terhadap seluruh institusi kesihatan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat