Bersiap-Sedia Sebelum GBP/JPY Menjunam Lebih Dalam!

660

Sentimen pasaran terus dipulihkan dengan perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump telah menandatangani pakej tersebut pada Isnin.

Meneruskan momentum positif tersebut, bantuan $600 kepada rakyat Amerika bakal meningkat kepada $2,000 setelah Dewan Perwakilan AS meluluskan cadangan tersebut.

Sebelum ini, persetujuan pakej ekonomi terbantut susulan Trump menyuarakan rasa tidak senang beliau kerana nilai bantuan $600 kepada rakyat sangat rendah dan menggesa untuk ditingkatkan lagi. Pada Isnin, beliau berubah fikiran dan menandatangani pakej tersebut.

Sentimen positif ini telah memberi kesan penyusutan pada mata wang safe-haven seperti US dolar dan juga Yen Jepun.

Sementara, tumpuan lain pasaran terarah pada perkembangan Brexit yang kembali memberikan kebimbangan pelabur walaupun pada minggu lalu dilaporkan persetujuan isu perikanan telah dicapai.

Walaupun Yen bergerak lemah pada minggu ini, tetapi dilihat lebih baik berbanding Pound Sterling yang mempamerkan prestasi tercorot di awal minggu.

Pada carta pasangan GBP/JPY juga melihatkan penurunan harga mula berlaku selepas lonjakan ketara pada minggu lalu.

Pada Khamis lalu, dapat dilihat harga menguji paras rintangan pada 140.200 sebelum harga melonjak pada Jumaat mencapai paras ketinggian pada 141.200 sebelum susut semula.

Walaupun mencapai paras tertinggi terbaru 3 bulan, harga mula menunjukkan corak penurunan harga semula apabila penurunan pada dagangan semalam kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga.

Pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga yang memulakan dagangan sekitar 139.500 kembali pamerkan kenaikan namun pelabur kekal menjangkakan harga bakal menyambung penurunan semula jika gagal lepasi paras rintangan 140.200.

Penurunan harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) di bawah paras 139.200 sebelum penurunan lebih rendah menguji pula paras sokongan sekitar 138.300.

Sekiranya harga berjaya melonjak lebih tinggi melepasi rintangan 140.200, paras ketinggian pada 141.200 yang dicapai pada Jumaat lalu akan diuji semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat