Bertahanlah GOLD! Jangan Jatuh Lagi

701

Logam berharga emas terus bergelut untuk mempertahankan kedudukannya di atas paras harga $1,900 per auns menjelang dagangan penghujung minggu.

Harga emas yang diniagakan menyusut pada sesi dagangan sebelum ini kembali mencatatkan peningkatan setelah disokong oleh harapan yang diperbaharui dari pelan rangsangan fiskal AS.

Presiden AS Donald Trump dilaporkan bersedia untuk meningkatkan rangsangan lebih besar daripada tawaran beliau pada awalnya yang bernilai $1.8 trilion untuk membantu menyokong ekonomi.

Bagaimanapun, sokongan harga itu tidak kekal lama selepas Pemimpin Majoriti Senat Republikan, Mitch McConnell menolak cadangan Trump tersebut kerana nilai yang ditawarkan itu terlalu besar.

Pada awal pembukaan sesi Eropah hari ini, logam kuning itu diniagakan berlegar di sekitar paras harga $1,907 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,911 per auns.

Kekhuatiran yang meningkat terhadap lonjakan kes Covid-19 di Eropah, terutamanya UK dan Perancis serta sekatan terbaru yang dilaksanakan bagaimanapun telah menyokong harga emas untuk kekal didagangkan di atas paras harga $1,900.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat