Bertindak Bijak Di Pasaran Saham Dengan 5 Teknik Analisis Ini

2,376

Tiada jalan pantas atau cara khusus yang boleh digunakan bagi menentukan masa paling baik untuk melangkah memasuki dunia pasaran kewangan seperti pasaran saham.

Apabila kita berada dalam industri ini, kita perlu sedar bahawa pasaran itu ada naik dan turun. Sebagai pelabur pengawalan emosi sangat penting. Tidak boleh mudah tamak apabila pelaburan membuahkan hasil dan tidak boleh mudah menjadi gusar apabila pasaran menurun. Sikap berhati-hati adalah sangat penting agar tidak mudah terpengaruh terhadap apa yang dibuat atau dirasai oleh kebanyakan pelabur di pasaran.

Pergerakan harga saham selalunya menjadi radikal dan tidak menentu selepas keadaan panik. Apabila ini berlaku, kebanyakan pelabur kehilangan sebahagian besar wang dan ramai yang meninggalkan pasaran. Justeru, sebagai pemain pasaran, yang diperlukan adalah analisis dan teknik yang betul. Dalam bidang Forex, secara umumnya kita boleh bahagikan kepada 2 teknik analisis iaitu teknik fundamental dan teknik teknikal. Boleh baca disini untuk lebih lanjut ; https://intraday.my/fundamental-vs-teknikal/

Dalam saham ada beberapa teknik asas yang digunakan untuk membantu memilih saham. Disini diringkaskan 5 teknik hasil penelitian Profesor Othman Yong.

1. Analisis Sekuriti Fundamental

Ahli fundamental percaya, dalam tempoh jangka panjang harga sesuatu saham akan mencerminkan keadaan sebenar syarikat yang menerbitkannya. Biasanya mereka yang mengunakan analisis ini akan mencari saham yang dikurang nilaikan oleh pasaran.

2. Analisis Saham Pertumbuhan

Penganalisis akan memberikan penekanan terhadap arah aliran pertumbuhan perolehan dan kualiti pengurusan syarikat berkenaan. Saham yang mempunyai rekod pertambahan perolehan dan dividen akan dibeli dengan mengandaikan prestasi masa lepas adalah petunjuk yang baik untuk masa depan. Teknik ini memerlukan pelabur memegang saham selama mana perolehan sesaham bertambah pada kadar yang munasabah. Penekanan tidak diberikan kepada harga di pasaran saham, asalkan sahaja prospek syarikat tersebut adalah baik.

3. Analisis Ekonomi

Penganalisis percaya yang pasaran saham adalah petunjuk kepada keadaan sesbuah negara yang sihat secara amnya dan membeli atau menjual saham berdasarkan baik atau buruknya keadaan negara itu. Jadi penganalisi akan buat kajian dan ramlakn kadar bunga, polisi monetari negara, kesan-kesan cukai, kadar pegangguran, kadar pengeluaran dan sebagainya untuk menentukan ke arah mana pasaran menuju.

4. Analisis Kontrarian

Kontrarian ini ialah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebanyakan orang. Mereka akan menjual pada harga yang tinggi dan membeli pada harga yang rendah. Bila orang lain beranggapan bahawa harga tersebut masih rendah potensi naik kurang, maka mereka akan beli. Analisis ini akan digabungkan dengan analisis fundamental bagi membuat ramalan.

5. Analisis Teknikal

Penganalisis percaya kesemua maklumat yang diketahui berkenaan sesuatu saham dicerminkan di dalam harga masa lepas saham tersebut, sebagaimana yang ditunjukkan oleh carta dan akan berulang smemula. Pelabur akan bertindak bijak dengan mengusai teknik-teknik yang digunakan untuk membuat ramalan pada masa akan datang berdasarkan perkembangan sesuatu saham.

Di atas hanyalah 5 teknik asas yang digunakan pelabur untuk membuat sesuatu keputusan terhadap pegangan saham. Ada banyak teknik-teknik lain yang boleh dipelajari. Biar sedikit teknik yang diketahui,tidak mengapa, yang penting ialah pengusaan teknik tersebut dan mampu untuk diaplikasikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat