‘Beruang’ Serang Ekuiti, Keputusan Fed Jadi Penentu

164

Sentimen bearish menguasai pasaran saham diawal minggu dengan ekuiti global dan bon kerajaan merosot tatkala US dolar mencengkam paras tertinggi 2 dekad selepas bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang melonjak menambah kebimbangan pengetatan dasar lebih agresif oleh bank pusat.

Rentetan bacaan data inflasi AS tertinggi sejak Disember 1981, ia secara tidak langsung menggariskan jangkaan pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang lebih agresif dalam membendung inflasi sehingga boleh membawa kepada kemelesetan.

Ulas ketua strategi pasaran SlateStone Wealth LLC, Ken Polcari, Fed menyatakan telah mengawal inflasi namun mereka mungkin akan kehilangan kawalan.

Tambahnya, dengan kejatuhan sebanyak 3,800 mata dalam indeks S&P 500 maka hanya tunggu masa sahaja sebelum pelabur beralih keluar dari pasaran ekuiti.

Melihat kepada papan carta, indeks purata Dow Jones Industrial tumbang 2.8%, S&P 500 susut 3.9% dan Nasdaq Composite turun 4.7%.

Sementara itu, indeks saham global jatuh 3.7% sementara saham Eropah gugur 2.4% ke paras terendah melebihi 3 bulan.

Di Asia, saham cip biru China jatuh 1.17% dan Hang Seng Hong Kong turun 3.39% manakala Nikkei Jepun tumbang 3.01% sementara Kospi Korea susut 3.52%.

Dalam pada itu, greenback mencengkam paras tertinggi sejak 2002 hasil dorongan kenaikan pada hasil AS apabila indeks dolar memacak 0.7% pada 105.18.

Yen Jepun pula naik 135.22 berbanding dolar manakala Pound British jatuh 1.5% selepas data ekonomi United Kingdom (UK) mengecut pada April.

Bagi komoditi pula, niaga hadapan minyak mentah Brent naik 0.21% pada $122.27 setong apabila pelabur menimbang kesan bekalan global yang ketat terhadap permintaan lemah semasa ekonomi dunia tidak menentu.

Seperkara lagi, Bitcoin (BTC) mengalami penurunan teruk sebanyak 11.7% sejak Disember 2020 pada $23,462.

Pada sisi berbeza, minggu ini terdapat beberapa mesyuarat bank pusat yang akan menjadi tumpuan pasaran antaranya Fed, Bank of England (BOE) dan Switzerland National Bank (SNB).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat