Berundur Dari Puncak Tertinggi, Ke Mana Arah Tuju USD?

301

Pengukuhan US dolar malangnya gagal dikekalkan selepas mata wang gergasi itu merosot dari sekitar puncak tertinggi 20 tahun berbanding pesaing utamanya.

Kemerosotan yang dicatatkan mungkin dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung oleh pasaran menjelang penutupan dagangan akhir bulan Jun.

Walaupun menyusut, tetapi faktor fundamental semasa masih lagi menyokong raja mata wang itu berikutan pendirian dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang hawkish dan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan.

Data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) Amerika Syarikat teras yang diterbitkan meningkat 4.7% secara tahunan, mencerminkan penurunan selanjutnya pada bulan Mei tetapi kekal di paras tertinggi 40 tahun.

Setelah menyentuh paras ketinggian baharu 24 tahun yang dicapainya pada Rabu, US dolar kembali merosot berbanding yen, terkesan oleh penurunan lebih rendah hasil bon AS 10 tahun.

Euro pula kekal berlegar pada paras terlemah lima tahun berbanding dolar greenback walaupun sedikit meningkat pada akhir sesi sebelum ini.

Di samping itu, dagangan pound juga terus diniagakan suram di tahap terendah lebih dua tahun berbanding USD, ditekan oleh kebimbangan terhadap inflasi di UK mungkin berterusan lebih lama menurut kata Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand bergelut untuk mencatatkan peningkatan, memperlihatkan kedua-dua mata wang itu kekal didagangkan di paras terendah bulanan berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat