Berwaspada Potensi “Flash Crash” Sempena Penutupan 10 Hari Pasaran Di Jepun

2,028

Pasaran kewangan di Jepun ditutup sepanjang minggu ini dan akan kembali beroperasi semula pada Isnin minggu hadapan. Pasaran yang ditutup 10 hari yang diistilahkan sebagai “Golden Week” memberikan kebimbangan terhadap pelabur dengan kemungkinan situasi “flash crash” yang telah berlaku pada awal Januari lalu bakal kembali berulang.

Apa itu “Golden Week”?

Menurut sejarah tradisional di Jepun, Golden Week mengandungi empat cuti perayaan pada penghujung April sehingga awal Mei iaitu Showa Day(Showa), Constitution Day(Perlembagaan), Greenery Day(Alam Sekitar) dan Children’s Day(Kanak-kanak).

Kebiasaannya, penduduk di Jepun akan mengambil peluang cuti yang panjang ini untuk keluar melancong ke luar negara atau pulang melawat keluarga di kampung halaman. Aktiviti perniagaan dan kedai-kedai kebanyakkannya ditutup dan tidak beroperasi.

Apa masalah yang akan timbul?

Cuti perayaan yang panjang ini akan memberikan keseronokan pada penduduk di negara Jepun, namun tidak kepada para pelabur dalam pasaran. Ini adalah kerana, ketika pasaran di Jepun ditutup, data-data ekonomi di negara lain masih dikeluarkan seperti biasa.

Oleh itu, data yang memberikan impak besar dalam pasaran akan turut mempengaruhi dagangan Yen dan dengan kecairan yang rendah dalam pasaran akan meningkatkan lagi risiko terhadap matawang safe-haven tersebut.

Pedagang dan pelabur dalam pasaran tidak boleh menutup posisi dagangan ketika bermula pasaran Tokyo ditutup dan Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun sebelum ini juga telah menggesa untuk para pelabur untuk menguruskan posisi dagangan sebelum pasaran ditutup untuk sebarang kemungkinan risiko yang akan berlaku.

Agensi tersebut juga turut menggalakkan netizen supaya mengeluarkan tunai yang berlebihan atau menaikkan kadar had pengeluaran untuk kad ATM berikutan cawangan bank-bank juga dijangka akan ditutup sementara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat